Home SemasaGlobal 1 maut, 2 cedera ditikam dalam kereta api

1 maut, 2 cedera ditikam dalam kereta api

by M.Daim

TOKYO, 10 Jun – Seorang lelaki telah ditahan polis selepas membunuh seorang individu dan mencederakan dua lagi dalam kereta api laju semalam.

Suspek, dikenali sebagai Ichiro Kojima, menyerang mangsa kira-kira 10 malam waktu tempatan di dalam kereta api laju shinkansen yang dalam perjalanan dari Tokyo ke stesen di Osaka, kata polis.

Pegawai polis menyerbu ke dalam gerabak dan menahan lelaki berkenaan selepas kereta api itu, yang membawa 880 penumpang itu berhenti cemas di stesen Odawara.

Polis menahan penganggur berusia 22 tahun kerana disyaki cuba membunuh, kata jurucakap polis.

“Seorang penumpang lelaki dihantar ke hospital dan disahkan mati tidak lama kemudian,” kata jurucakap berkenaan.

Laporan berita menyebut dua wanita yang berusia 20-an cedera tetapi tidak mengancam nyawa.

Suspek memberitahu penyiasat dia ‘kecewa dan mahu membunuh seseorang’, lapor stesen penyiar NHK, menambah dia menggunakan sekurang-kurangnya dua pisau.

Related Articles

Leave a Reply