Home Semasa Berakhirnya era Yahoo Messenger

Berakhirnya era Yahoo Messenger

by M.Daim

California, 10 Jun – Aplikasi chat, Yahoo! Messenger, akan ditamatkan perkhidmatannya pada 18 Julai kelak. Perkara tersebut diumumkan semalam oleh pihak Yahoo!

Yahoo! Messenger atau lebih dikenali sebagai Y!M merupakan antara aplikasi chat yang terawal yang dihasilkan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Oath, tiada aplikasi baharu yang akan mengantikan peranan Y!M. Walaupun begitu, syarikat Oath pada ketika ini sedang menguji aplikasi Yahoo Squirrel.

Yahoo Squirrel merupakan aplikasi chat berkumpulan yang baru dilancarkan pada bulan lalu dan masih diperingkat beta.

Semenjak kali pertama dilancarkan pada tahun 1998 sebagai Yahoo Pager, aplikasi Y!M telah mewarnai dunia IT sebelum pengguna mula beralih kepada Facebook dan aplikasi-aplikasi lain.

Walaupun begitu, penamatan perkhidmatan aplikasi Y!M tidak menjejaskan ID pengguna Yahoo. Selain daripada itu, pengguna berpeluang untuk memuat turun sejarah perbualan mereka di https://messenger.yahoo.com/getmydata .

Related Articles

Leave a Reply