Home Semasa AS sedia percepat siasatan 1MDB

AS sedia percepat siasatan 1MDB

by M.Daim

WASHINGTON, 10 Jun – Pasukan penyiasatan Amerika Syarikat (AS) bersedia untuk membantu Malaysia dengan mempertingkatkan pertukaran maklumat dan mempercepatkan siasatan penyelewengan dana 1MDB.

Dilaporkan 6 buah negara termasuk Amerika Syarikat dan Switzerland menyiasat tuduhan bekas Perdana Menteri ke-6 serta beberapa individu terlibat dalam kes itu.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yakin kerajaan baharu Malaysia yang dipilih pada Pilihan Raya Umum lalu lebih terbuka dalam siasatan tersebut. Pendakwa raya Amerika Syarikat menimbang kemungkinan untuk mendakwa Dato’ Seri Najib dan beberapa individu lain.

Namun, AS lebih cenderung mahukan Malaysia untuk mengenakan dakwaan jenayah terbabit.

Kerajaan baharu Malaysia pada ketika ini berusaha untuk mendapatkan semula wang yang mencecah berbilion dolar yang didakwa dicuri dari 1MDB.

Ini termasuk menimbang untuk memohon kerajaan AS untuk meminta bank Goldman Sachs memulangkan hampir USD$ 600 juta (RM 2.39 bilion) hasil daripada bon untuk 1MDB.

Walaupun begitu, Washington menyatakan mereka belum menerima permohonan rasmi dari kerajaan Malaysia untuk berbuat demikian.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!