Home SemasaGlobal Wanita maut ditembak tentera zionis

Wanita maut ditembak tentera zionis

by Noor Sheila Amin

GAZA – PALESTIN, 2 Jun -Seorang wanita Palestin maut ditembak tentera Zionis berhampiran sempadan Gaza dalam insiden keganasan tunjuk perasaan terbaharu.

Razan al-Najjar, 21, ditembak di Khan Yunis, hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan penduduk Gaza yang maut akibat tembakan tentera rejim meningkat kepada 123, sejak Mac lalu.

Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qadra, Najjar merupakan sukarelawan kementerian dan ketika ditembak, wanita itu memakai pakaian seragam perubatan.

Tentera Israel berkata, mereka sedang menyiasat laporan kejadian terbabit. – AFP

Related Articles

Leave a Reply