Home SemasaGlobal Arab Saudi wujud kementerian baru

Arab Saudi wujud kementerian baru

by Noor Sheila Amin

RIYADH – ARAB SAUDI, 2 Jun – Raja Arab Saudi, Raja Salman dilaporkan telah mewujudkan kementerian kebudayaan dan melantik menteri buruh yang baharu ketika negara itu menerima kecaman berikutan penangkapan beberapa aktivis wanita.

Menurut agensi rasmi Saudi Press Agency (SPA) semalam, Raja Salman mengeluarkan dekri diraja mengarahkan penubuhan Kementerian Kebudayaan dan Informasi serta melantik Putera Bader bin Abdullah sebagai menterinya.

Kementerian berkenaan akan bertanggungjawab ke atas segala aktiviti berkaitan kebudayaan.

Raja Arab Saudi itu turut memecat Ali bin Nasser al-Ghafis daripada jawatan menteri buruh dan pembangunan sosial dan digantikan dengan Ahmed bin Suleiman al-Rajhi.

Hal tersebut dilakukan di saat negara itu menerima tekanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi antarabangsa termasuk Amnesty International, akibat penahanan beberapa aktivis wanita terkenal negara itu beberapa minggu lalu.

Menurut kenyataan awal Amnesty, aktivis terbabit yang dilabel ‘pengkhianat’ masih lagi berada di pusat tahanan tanpa sebarang pertuduhan dan komunikasi dengan peguam dan keluarga masing-masing.

Terdahulu, Parlimen Eropah turut mengecam pelanggaran hak asasi manusia di negara Arab tersebut serta menggesa rejim Al Saud untuk segera melepaskan semua tahanan. – PressTV

Related Articles

Leave a Reply