Home PolitikBarisan Nasional Tok Mat bertanding Timbalan Presiden UMNO

Tok Mat bertanding Timbalan Presiden UMNO

by Nurulhuda

SEREMBAN, 2 Jun -Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengumumkan akan bertanding jawatan itu dalam pemilihan parti UMNO tahun ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu berkata, keputusan menawarkan diri bertanding dibuat selepas mengambil kira permintaan ahli dan hala tuju parti itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Saya akan menghantar pencalonan secara online pada petang ini untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

“Saya akan pastikan UMNO mendapat nafas baharu dan kembali ke landasan asas penubuhan parti demi mengembalikan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara,” katanya.

Mohamad yang juga bekas Menteri Besar berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Khatam Al-Quran Perdana anjuran Pertubuhan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Sembilan (Pekerti) di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Yang Dipertua Pekerti, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin.

 

Related Articles

Leave a Reply