KUALA LUMPUR, 23 JAN – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pihaknya telah menghantar sejumlah besar kapal tempur ke Iran.
Pada masa yang sama, beliau menegaskan bahawa Washington sedang berusaha untuk mengelakkan konflik lanjut di rantau Timur Tengah.
Menurut laporan media antarabangsa, Trump mendedahkan bahawa AS sedang mengatur gerak kehadiran Tentera Laut Amerika Syarikat (U.S. Navy) yang signifikan berhampiran Iran.
“Kami mempunyai banyak kapal yang menuju ke arah itu (Iran), sekadar sebagai langkah berjaga-jaga,
“Kami mempunyai flotila besar yang menuju ke sana, dan kita akan lihat apa yang akan berlaku,” kata Trump.
Pergerakan besar-besaran aset U.S. ke Timur Tengah dilaporkan oleh media antarabangsa dalam tempoh kebelakangan ini.
Terbaharu, satu kumpulan tempur kapal pengangkut pesawat (Carrier Strike Group, CSG) dan aset ketenteraan tambahan sedang menuju ke rantau Timur Tengah.
Pergerakan tersebut melibatkan kapal pengangkut pesawat USS ABRAHAM LINCOLN, bersama-sama kapal iringan dan pesawat pejuang. CSG tersebut dilaporkan telah berlayar dari Asia-Pasifik di ketika ketegangan AS-Iran kian memuncak.
Dalam pada itu, Trump menegaskan bahawa pergerakan ini tidak bermakna tindakan ketenteraan pasti akan berlaku.
“Kami mempunyai angkatan besar menuju ke Iran. Saya lebih suka jika tiada apa-apa yang buruk berlaku,” jelasnya. – airtimes.my
#AirTimes #Global #Iran #Trump










