WASHIGNTON, 26 MAC – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mendakwa bahawa Iran pernah mencadangkan beliau untuk menjadi Pemimpin Tertinggi negara itu, namun beliau menolak tawaran berkenaan.
Dalam satu kenyataan, Trump mendakwa cadangan itu dibuat secara tidak rasmi ketika Iran berdepan tekanan dalaman dan luaran yang semakin memuncak.
Menurutnya, beliau tidak berminat untuk memimpin Iran walaupun mendakwa mempunyai sokongan untuk berbuat demikian.
Dakwaan itu muncul dalam konteks ketegangan berterusan antara Washington dan Tehran, khususnya selepas konflik serantau yang memberi kesan kepada kestabilan politik Iran.
Trump turut menggambarkan keadaan kepimpinan Iran sebagai lemah dan tidak stabil susulan konflik serta serangan yang melanda negara itu.
Dalam masa yang sama, Trump juga berulang kali menyatakan bahawa Amerika Syarikat perlu mempunyai peranan dalam menentukan siapa yang akan menjadi pemimpin baharu Iran. -airtimes.my
