Home SemasaPertama kali untuk tahun ini, Iran lancar peluru berpandu Sejjil sasar Israel

Pertama kali untuk tahun ini, Iran lancar peluru berpandu Sejjil sasar Israel

by M.Daim
A+A-
Reset

TEHRAN,16 MAC – Tentera Iran telah melancarkan peluru berpandu balistik Sejjil dalam gelombang serangan ke-54 terhadap sasaran Israel dan Amerika Syarikat (AS).

Ini merupakan pelancaran pertama peluru berpandu berkenaan pada tahun ini sejak konflik terbaharu antara kedua-dua pihak bermula pada akhir Februari lalu.

Pelancaran misil ini disahkan oleh Komander Pasukan Aeroangkasa IRGC, Brigedier Jeneral Majid Mousavi menerusi akaun media sosial beliau yang mengesahkan penggunaan aset ketenteraan strategik tersebut dalam gelombang serangan terbaharu itu.

Menurutnya, serangan yang dilancarkan pada Ahad itu menyasarkan pusat arahan dan kawalan tentera udara Israel.

Sebelum Operasi Janji Benar 4 (Operation True Promise 4), Iran pernah melancarkan misil ini terhadap Tel Aviv ketika Perang 12 Hari (Operation True Promise 3) pada 18 Jun 2025.

Peluru berpandu yang bersempena nama batu yang digunakan terhadap tentera Abrahah seperti terdapat dalam Surah Al Fil itu merupakan salah satu lonjakan teknologi ketenteraan Iran.

Tehran turut mendakwa peluru berpandu berkenaan mampu membedil Tel Aviv dalam tempoh kurang daripada tujuh minit sekiranya ia dilancarkan dari kemudahan di bandar Natanz. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply