Home Teknologi PertahananEmbraer, Valkyrie Aero guna AI lengkapkan A-29 Super Tucano untuk gempur dron

Embraer, Valkyrie Aero guna AI lengkapkan A-29 Super Tucano untuk gempur dron

by Zulfadhli Azmie
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 12 MAC – Embraer menjalinkan kerjasama dengan Valkyrie Aero untuk mengintegrasikan keupayaan kecerdasan buatan (AI) bagi membolehkan pesawat A-29 Super Tucano berupaya untuk menangani ancaman dron.

Integrasi teknologi canggih itu akan dilaksanakan melalui sistem Gunslinger yang dibangunkan oleh Valkyrie.

Embraer dalam satu kenyataan berkata, sistem AI Gunslinger membolehkan pembuatan keputusan taktikal masa nyata di medan perang bagi menyokong proses mengesan, menetapkan dan memusnahkan ancaman dron secara berkesan.

Ia direka khusus untuk menangani landskap ancaman sistem tanpa pemandu yang sentiasa berevolusi, sekali gus memastikan penyelesaian jangka panjang yang berskala besar.

Pengenalan sistem ini juga dijangka dapat menyelesaikan bebanan kos yang ditanggung oleh pasukan tentera di seluruh dunia. Pada masa ini, kebanyakan negara terpaksa melaburkan sumber yang besar dan kos operasi yang tinggi dengan menggunakan jet pejuang utama semata-mata untuk menembak jatuh dron.

Pesawat A-29 yang dilengkapi Gunslinger menawarkan keupayaan anti-dron yang amat berkesan pada kos operasi yang rendah. Pesawat ini memanfaatkan rekaan kokpit tandem yang maju, masa berlegar di udara yang panjang serta ketangkasan manuver yang tinggi.

Keupayaannya untuk menyamai kelajuan dron serangan sehala dengan selamat menjadikan A-29 sebuah platform sasaran yang stabil dan tepat untuk penggunaan mesingan, roket berpandu serta sistem persenjataan lain.

“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Valkyrie untuk mempertingkatkan lagi keupayaan misi C-UAS pesawat A-29.

“Dengan lebih 60,000 jam penerbangan tempur, A-29 Super Tucano adalah penanda aras bagi pesawat serangan ringan di peringkat global. Ia merupakan platform ideal untuk operasi C-UAS berpemandu,” kata Naib Presiden Perisikan Pasaran Embraer Defense and Security, Marcio Monteiro.

Sementara itu, Naib Presiden Kanan Strategi Korporat Valkyrie Aero, Chris Turner menjelaskan bahawa sistem Gunslinger dibangunkan berdasarkan keperluan mendesak anggota tentera di barisan hadapan.

“Valkyrie teruja untuk bekerjasama dengan Embraer bagi menyediakan Gunslinger pada platform A-29 untuk pelanggan di seluruh dunia,” tambahnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply