Home GlobalKapal Pengangkut dron Iran terbakar dibedil AS

Kapal Pengangkut dron Iran terbakar dibedil AS

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

WASHINGTON, 6 MAC – Sebuah kapal pengangkut dron milik Iran dilaporkan terbakar selepas menjadi sasaran bedilan terbaharu tentera Amerika Syarikat (AS) dalam ‘Operation Epic Fury‘ yang kini memasuki hari keenam.

Komander Markas Pemerintahan Pusat AS (CENTCOM), Laksamana Brad Cooper, mengesahkan kapal berkenaan yang mempunyai saiz menyamai kapal pengangkut pesawat era Perang Dunia Kedua telah terkena serangan tepat pada Khamis.

Menurut beliau, serangan tersebut merupakan sebahagian daripada siri operasi maritim yang setakat ini telah memusnahkan lebih 30 kapal milik pihak Iran.

Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth, menyatakan bahawa operasi ketenteraan ini dilaksanakan dengan objektif yang jelas dan mandat penuh di medan tempur.

Beliau menegaskan bahawa fasa serangan semasa mencerminkan keupayaan aset ketenteraan AS yang sedang dikerahkan secara berterusan ke wilayah tersebut.

“Pasukan kami sedang melaksanakan misi dengan kemahiran yang tinggi dan gerak kerja ini sedang mara secara tekal,” kata Hegseth dalam sidang media di ibu pejabat CENTCOM. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply