Home Semasa23 wira dan wirawati kita telah berangkat ke Turkiye – PM

23 wira dan wirawati kita telah berangkat ke Turkiye – PM

by M.Daim
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 4 OKT – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesemua 23 rakyat Malaysia yang ditahan oleh Israel telah berlepas ke Turkiye. Menurut beliau, kesemua 23 rakyat Malaysia yang menjadi sukarelawan Global Sumud Flotilla itu akan tiba di Istanbul, malam ini.

“Alhamdulillah, semua wira dan wirawati Malaysia dalam Global Sumud Flotilla telah bebas dan akan tiba di bumi Istanbul malam ini waktu Malaysia, insyaAllah.

“Syukur ke hadrat Allah SWT, berkat doa rakyat Malaysia dan usaha berterusan semua pihak yang menggalang seluruh kekuatan akhirnya membuahkan hasil,” katanya dalam satu hantaran di akaun media sosial rasminya.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada sahabat beliau, Presiden Erdogan dan rakan pimpinan negara-negara sahabat lain yang membantu memudahkan urusan pembebasan setiap aktivis dan sukarelawan anak Malaysia ini.

Pemerhatian Air Times di laman sesawang FlightRadar24 menunjukkan sebuah penerbangan dari Eilat telah pun selamat tiba di Istanbul.

Di sebalik berita gembira kepulangan 23 rakyat Malaysia yang ditahan oleh Israel pada minggu ini, terselit kisah tersendiri.

“Semalam, 3 daripada anak-anak kita rakyat Malaysia yang agak keberatan untuk menandatangani arahan pengusiran dari Israel,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menyampaikan berita gembira perkembangan terkini 23 rakyat Malaysia yang ditahan oleh tentera laut Israel pada awal Oktober.

Dengan tidak mendedahkan siapa individu terbabit, Anwar menyatakan ketiga-tiga rakyat Malaysia terbabit telah bersetuju untuk pulang ke tanah air. Pada masa yang sama, Perdana Menteri menegaskan bahawa pendirian kerajaan adalah untuk membawa pulang kesemua rakyat Malaysia dari tahan Tel Aviv.

“Kita juga berbincang dengan Ketua Pengarah Sumud Nusantara untuk mengajak semua pulang dan kita susun strategi berikutnya. Dan alhamdulillah, 23 (rakyat Malaysia_ sekarang menuju ke lapangan terbang Ramon di selatan Israel,” katanya.

Menurut beliau, kesemua rakyat Malaysia akan dibawa ke Istanbul dengan pesawat penerbangan khas Turkiye.

Anwar turut menyatakan bahawa kesemua rakyat Malaysia terbabit akan berangkat pulang ke tanah air pada Ahad malam atau Isnin. – airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Semasa

Related Articles

Leave a Reply