Home Pertahanan dan KeselamatanTentera UdaraTUDM buat penilaian sebelum muktamadkan beli jet Kuwait

TUDM buat penilaian sebelum muktamadkan beli jet Kuwait

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menjalankan penilaian menyeluruh sebelum memuktamadkan perolehan pesawat pejuang F/A-18 Legacy Hornet milik Tentera Udara Kuwait (KAF).

Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris berkata, penilaian itu meliputi aspek tarikh penyerahan dan kos perolehan serta penyelenggaraan bagi membolehkan TUDM terus mengoperasikan pesawat itu pada masa hadapan.

“Sebenarnya kita belum buat keputusan untuk beli pun lagi (pesawat itu),

“TUDM sedang menunggu untuk mendapatkan tarikh bagi penghantaran satu pasukan ke Kuwait bagi menjalankan penilaian teknikal terhadap 38 pesawat pejuang berkenaan yang dijadualkan pada September ini,” katanya seperti dipetik Bernama.

Sebelum ini, media melaporkan Malaysia sedang menilai perolehan pesawat itu selepas mendapat kelulusan rasmi daripada Amerika Syarikat selaku negara pengeluar.

Bagaimanapun, sebuah portal berita melaporkan rundingan tersebut berakhir tanpa keputusan kerana proses membuat keputusan dianggap kompleks.

Pada 7 Oktober lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semasa lawatan kerja ke Kuwait telah membincangkan perkara itu dengan kepimpinan negara berkenaan.

Kuwait dilaporkan telah memberikan jawapan positif tentang perkara itu dan kedua-dua negara bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas bagi memulakan perbincangan serta rundingan berhubung perolehan pesawat terbabit.

#pertahanan #airtimes #TUDM #Malaysia #Kuwait

Related Articles

Leave a Reply