Dalam landskap keselamatan serantau yang semakin kompleks, isu kecerdasan buatan (AI) dan keselamatan siber kini menjadi tumpuan baharu dan utama dalam perbahasan pertahanan serta keselamatan serantau di kalangan negara anggota ASEAN. Malaysia, sebagai sebuah negara yang aktif dalam kerjasama pelbagai hala melalui penglibatannya dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) serta kerjasama dua hala dengan India, kini menonjol sebagai pemangkin kepada pembentukan ekosistem AI dan keselamatan siber yang kukuh di rantau ini.
Malaysia telah lama menunjukkan keprihatinan terhadap ancaman siber dan keperluan untuk mengawal perkembangan AI dengan penuh tanggungjawab. Dalam sidang seperti ADMM dan ADMM-Plus, Malaysia antara yang lantang menyuarakan pentingnya mewujudkan kerangka serantau bagi menangani serangan siber, selain mengarusperdanakan penggunaan AI dalam aspek keselamatan dan pertahanan.
Bagaimanapun, inisiatif ini tidak hanya terhad kepada retorik diplomatik semata-mata, sebaliknya telah diterjemahkan melalui pelbagai bentuk kerjasama dua hala dan pelbagai hala, termasuk dengan India, Jepun, Korea Selatan dan China dalam memperkukuh daya tahan digital Malaysia dan ASEAN secara menyeluruh.
#SorotanKandungan
Scam bukan lagi isu terpencil.
AI sebagai pencetus keupayaan pertahanan serantau (^kembali)
Kecanggihan teknologi yang semakin membangun pesat seperti AI, telah membuka ruang besar memperkasa peranan negara ASEAN untuk mendepani ancaman keselamatan dalam satu bentuk baharu. Malaysia, sebagai antara negara yang proaktif dalam hal ini, melihat AI bukan hanya sebagai alat pengoptimum sistem, tetapi sebagai pemacu utama keupayaan pertahanan yang lebih pintar dan pantas bertidak.
AI berperanan penting dalam pelbagai bidang pertahanan, antaranya termasuk keupayaan pemprosesan data, sistem pemantauan autonomi, sokongan keputusan taktikal melalui sistem berasaskan AI, dan pengurusan komunikasi strategik. Hal ini bertepatan dengan tanggungjawab Malaysia dalam menyelaras dan memperkasa inisiatif serantau yang lebih bersepadu, khususnya dalam membina keupayaan yang setara di kalangan negara ASEAN yang berbeza tahap kemajuan teknologinya.
Keterlibatan Malaysia turut menyentuh dimensi diplomatik dan keselamatan digital. Hal ini, AI dilihat sebagai pendorong kepada diplomasi pertahanan moden, di mana negara bukan sahaja mempertahankan kedaulatan fizikal, tetapi juga memastikan ketahanan maklumat, kedaulatan data dan kawalan terhadap sistem pintar yang berisiko dimanipulasi pihak luar.
Peranan Malaysia dalam kerangka serantau (^kembali)
Satu aspek yang diperlihatkan dalam peranan Malaysia ialah keupayaannya menjadi penghubung antara negara anggota ASEAN yang memiliki tahap pembangunan teknologi yang berbeza-beza. Pendekatan ini dapat dilihat dalam forum ADMM-Plus, di mana Malaysia mempelopori platform bersama Kumpulan Pakar Pakar Keselamatan Siber dan Teknologi Baharu (EWG) bersama India.
Gabungan ini bukan sahaja menyediakan ruang perkongsian maklumat dan latihan silang, malah turut membina jalinan teknikal antara pakar pertahanan serantau yang boleh memacu pemangunan doktrin keselamatan digital ASEAN secara kolektif.
Di peringkat nasional, Kementerian Pertahanan Malaysia telah menggariskan pelan untuk memodenkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menekankan integrasi teknologi canggih termasuk AI, sistem siber bersepadu, serta automasi dalam pemantauan dan kawalan sempadan.
Sementara itu, kini Malaysia juga sedang meneliti penggunaan AI dalam sistem pengawasan maritim, dengan menerusi pengesanan ancaman siber, dan operasi taktikal udara tanpa pemandu (dron autonomi) yang mampu memberi kelebihan strategik di kawasan sempadan serta laluan perairan yang kritikal.
Kesedaran terhadap keperluan membina sistem keselamatan digital yang mampan turut mendorong Malaysia untuk memupuk kerjasama erat bersama kuasa teknologi serantau seperti India. Dalam konteks dua hala, hubungan Malaysia-India menunjukkan perkembangan positif melalui perkongsian kepakaran dalam pembangunan AI ketenteraan, sistem kriptografi tempatan, dan penetapan rangka kerja keselamatan data.
India sebagai kuasa teknologi yang berkembang pesat di Indo-Pasifik, menawarkan pelbagai peluang kepada Malaysia, khususnya dalam memperkukuh daya tahan digital dan memperluaskan pengetahuan berkaitan AI dan keselamatan maklumat.
Namun, diplomasi pertahanan ini masih memerlukan hala tuju strategik yang lebih padu agar tidak sekadar menjadi projek simbolik, tetapi mampu mencorakkan doktrin bersama ASEAN terhadap keselamatan digital dan teknologi disruptif.
Rangka masa hadapan: Malaysia sebagai ‘middle power digital’ ASEAN (^kembali)

FOTO:
Seiring dengan perkembangan teknologi yang turut membuka ruang kepada pelbagai risiko dan ancaman dari luar ini, mendedahkan kepada pengguna dalam jerat jenayah siber seperti penipuan dalam maklumat. Ini sekaligus menggugat keselamatan dan keamanan pengguna, malah kepada negara yang seharusnya diprtahankan kedaulatannya daripada diceroboh oleh ancaman luar menerusi siber.
“Kita sebenarnya sangat terdedah dalam dunia masa kini yang dipacu oleh teknologi canggih. Memahami ancaman siber membolehkan kita meningkatkan keupayaan keselamatan siber dan mengatasi kelemahan yang ada,” kata, Wakil Tetap Malaysia ke ASEAN di Jakarta, Indonesia, Datin Sarah Al Bakri Devadason.
Justeru, Malaysia bertanggungjawab membendung isu yang semakin kompleks ini dengan segera bersama negara ASEAN, agar tidak meluas sehingga menganggu kedaulatan negara. Dengan usaha ini, adalah demi melindungi kepentingan setiap negara anggota dan wilayahnya.
Tambahan pula, selain mensasarkan penipuan kepada individu, jenayah siber atau penggodaman ini juga dilihat menyasarkan serangan kepada aset-aset kritikal sesebuah negara seperti infrastruktur kerajaan, institusi kewangan serta perniagaan yang menjadi tunjang kepada kestabilan sesebuah negara.
Maka, dengan adanya langkah-langkah keselamatan siber yang utuh, mampu memperkukuhkan pertahanan negara dengan lebih pantas. Dengan pelaksanaan usaha bersepadu ini, terutama melalui pelbagai inisiatif seperti Visi Komuniti ASEAN 2045 yang meliputi tonggak utama komuniti merangkumi politik, keselamatan, ekonomi, sosial dan budaya, berdaya mewujudkan
“Kita juga ada Pelan Strategik Kesalinghubungan ASEAN. Kesemua usaha ini saling melengkapi kerana keselamatan siber memberi impak kepada semua bidang berkenaan. Keupayaan siber juga memainkan peranan dalam kesalinghubungan ASEAN,” jelasnya lagi.
Cabaran Kerjasama ASEAN dan keupayaan teknologi (^kembali)
Walaupun semangat kerjasama serantau semakin meningkat, usaha Malaysia sebagai pemangkin kepada kerjasama AI dan keselamatan siber di peringkat ASEAN tidak terlepas daripada pelbagai cabaran. Antara cabaran utama ialah jurang keupayaan teknologi yang masih ketara antara negara anggota.
Negara seperti Singapura dan Malaysia memiliki infrastruktur digital yang lebih maju, manakala beberapa negara anggota lain masih bergelut dengan asas-asas konektiviti dan keselamatan data. Perbezaan dalam tahap kesediaan ini menjadikan usaha menangani ancaman siber secara kolektif lebih mencabar, kerana keupayaan teknikal yang tidak seimbang boleh melemahkan keberkesanan tindak balas bersama.
Selain itu, tahap kesalingpercayaan politik dalam kalangan negara anggota ASEAN masih terhad. Sikap berhati-hati terhadap isu sensitif seperti keselamatan data dan pemantauan AI telah menyebabkan perkongsian maklumat berlaku secara minimum. Kekangan ini menghalang pembangunan ekosistem serantau yang benar-benar bersepadu.
Dalam konteks ini, Malaysia berusaha mengambil pendekatan diplomatik dengan mempromosikan konsep “sovereign digital trust” serta menggalakkan pembentukan piawaian bersama yang tidak mencabar kedaulatan mana-mana negara. Dengan itu, pendekatan ini dapat membina keyakinan bersama, seterusnya mengukuhkan asas kerjasama digital dan keselamatan siber di rantau ini.
Namun, kejayaan inisiatif ini amat bergantung kepada kesediaan negara anggota untuk melabur dalam pembangunan kapasiti dan menyelaraskan dasar nasional mereka dengan matlamat serantau. Hal iini, peranan Malaysia sebagai pemangkin dalam AI dan keselamatan siber ASEAN bukan sekadar satu naratif nasional, tetapi refleksi komitmen yang berterusan dalam membentuk masa depan rantau yang lebih selamat, pintar dan berdaya tahan.
Tanpa komitmen politik yang kukuh dan pelaburan strategik dalam teknologi serta latihan sumber manusia, serta jurang keupayaan yang akan terus melebar, secara tidak langsung menjejaskan usaha membina pertahanan siber dan sistem AI kukuh. -airtimes.my
#Airtimes #ASEAN #Siber #Teknologi #Malaysia
