Home SemasaKonflik Timur Tengah: Betulkah ada gencatan senjata?

Konflik Timur Tengah: Betulkah ada gencatan senjata?

by Zulhaizi Rosdi
A+A-
Reset

WASHINGTON, 24 JUN – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada semalam telah mengumumkan bahawa Iran dan Israel telah mencapai persetujuan gencatan senjata sepenuhnya bagi mengakhiri konflik yang sudah berlarutan sejak pertengahan Jun lalu.

Trump turut menyatakan bahawa gencatan senjata ini akan dilaksanakan secara berperingkat dengan dimulakan oleh Iran selama 12 jam dan diikuti Israel.

“Dengan andaian segala-galanya berjalan lancar seperti yang sepatutnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kedua-dua negara, Israel dan Iran atas ketahanan dan keberanian mereka dalam menamatkan apa yang seharusnya dikenali sebagai ‘PERANG 12 HARI’,” tulisnya menerusi laman Truth Social.

Presiden AS, Donald Trump mengumumkan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Iran pada Selasa

Walaubagaimanapun, ketika pengumuman itu dibuat oleh Trump, media antarabangsa melaporkan bahawa terdapat serangan baharu yang dilancarkan Israel ke arah Tehran.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghci kemudiannya telah menafikan dakwaan perjanjian gencatan senjata dengan Israel sebagaimana yang dinyatakan oleh Donald Trump.

Malah, tiada persetujuan rasmi dicapai membabitkan perjanjian damai atau penamatan sepenuuhnya operasi ketenteraan.

“Seperti yang telah kami nyatakan berulang kali, Israel yang memulakan peperangan ini, bukannya Iran.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi

“Sekiranya Israel menghentikan serangan menjelang jam 4 pagi waktu Iran, maka pihak kami tidak akan melancarkan sebarang serangan balas terhadap Israel dan segala keputusan berhubung penghentian operasi ketenteraan akan dimuktamadkan kemudian,” katanya menerusi laman X pada Selasa.

Pelaksanaan gencatan senjata seperti yang diumumkan Trump itu dibuat selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu ke atas pangkalan tentera AS di Qatar.

Al Arabiya Qatar melaporkan bahawa sebanyak 10 misil telah dilancarkan Iran dan 9 daripadanya berjaya dipintas Pertahanan Udara Qatar manakala baki misil mendarat di kawasan terbuka.

Sebelum serangan, beberapa negara di timur tengah seperti Bahrain, Qatar dan United Arab Emirates (UAE) telah menutup ruang udaranya buat sementara waktu selepas menerima ancaman daripada serangan Iran.

Konflik yang berlaku sejak pertengahan Jun lalu telah menyaksikan siri serangan antara Iran dan Israel termasuk pengeboman oleh tentera AS di beberapa fasiliti nuklear milik Iran. -airtimes.my

#Airtimes #KonflikTimurTengah #Iran #Israel #gencatansenjata #DonaldTrump #pangkalanAS #Global

 

Related Articles

Leave a Reply