Home SemasaEksesais Falcon Strike 2025 perkasa kerjasama udara Thailand-China, fokus ancaman semasa

Eksesais Falcon Strike 2025 perkasa kerjasama udara Thailand-China, fokus ancaman semasa

by Zulhaizi Rosdi
A+A-
Reset

KUNMING, 4 JUN – Tentera Udara Diraja Thailand (Royal Thai Air Force, RTAF) dan Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) akan melaksanakan kerjasama ketenteraan dua hala menerusi latihan udara FALCON STRIKE 2025 yang bakal diadakan pada Ogos ini.

RTAF dalam satu kenyataan berkata, latihan ini bertujuan membangunkan taktik pertempuran udara yang selaras dengan ancaman keselamatan semasa.

“Latihan ini merupakan platform pertukaran pengetahuan dan pengalaman dalam operasi udara yang akan diaplikasikan bagi memperkukuh keupayaan mempertahankan kedaulatan negara.

“Ia juga bertujuan mengeratkan hubungan strategik antara RTAF dan PLAAF,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Majlis menandatangani Perjanjian Latihan Falcon Strike 2025

Selain itu, Pengarah Direktorat Latihan Bersama FALCON STRIKE 2025 dari kedua-dua negara turut menghadiri Persidangan Perancangan Akhir bagi menandatangani Perjanjian Latihan di Kunming, Republik Rakyat China, baru-baru ini.

Tentera Udara Thailand turut menegaskan bahawa latihan ini adalah persediaan dalam mempertahankan ruang udara negara bagi menjamin keselamatan dan keamanan rakyat Thailand.

FALCON STRIKE 2025 merupakan penganjuran kali ke 8 sejak ianya dimulakan dan dijadual berlangsung pada 28 Ogos hingga 8 September ini di Pangkalan Tentera Udara Wilayah ke-23, Udon Thani, Thailand. -airtimes.my

#Thailand #China #RTAF #PLAAF #Eksesais #FalconStrike #PertahananUdara #airtimes

Related Articles

Leave a Reply