Home SemasaBayraktar TB3 capai 100 operasi termasuk pendaratan automatik AI dari kapal

Bayraktar TB3 capai 100 operasi termasuk pendaratan automatik AI dari kapal

by Aqilah Azman
A+A-
Reset

ANKARA, 4 JUN – Pesawat tanpa pemandu (UCAV), Bayraktar TB3 milik Turkiye, mencatatkan 100 operasi penerbangan dari kapal serangan amfibia TCG Anadolu, berjaya melaksanakan ujian pendaratan dan pelepasan automatik menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Bayraktar TB3 merupakan SİHA pertama dalam sejarah dunia yang mampu melaksanakan operasi sepenuhnya dari kapal pendek seperti TCG Anadolu secara autonomi,” kata Baykar dalam satu kenyataan.

Menurut Baykar, ujian yang dijalankan antara 28 Mei hingga 2 Jun itu mengesahkan keupayaan sistem visual AI berasaskan pengesanan imej untuk mendarat dan berlepas secara penuh autonomi.

“Kemampuan ini merangkumi pengesanan kapal induk, pengesanan landasan, anggaran sudut pendaratan, serta keupayaan sistem untuk membaca visual secara langsung dari jarak tinggi,” nyatanya.

Justeru, rekod baharu ini menandakan kemajuan besar dalam program pembangunan TB3 yang sebelum ini telah berjaya melakukan pendaratan pertama dari laut pada 19 November 2024.

Susulan, pesawat PT-3 dan PT-4 merupakan antara dua pesawat yang terlibat dalam ujian, berjaya menyelesaikan siri penerbangan menerusi sistem AI aktif.

“Kedua-duanya kembali ke Pusat Ujian dan Latihan Baykar di Kesan, setelah menamatkan misi di perairan Aksaz,” tambah Baykar.

TB3 kini mencapai jumlah 101 operasi penerbangan dari TCG Anadolu dan merekodkan lebih 1,167 jam penerbangan dalam pelbagai ujian sejak ia memulakan penerbangan sulungnya.

Jelas, perkembangan ini mengukuhkan lagi status Bayraktar TB3 sebagai salah satu aset taktikal udara maritim terpenting dalam arsenal baharu Turkiye. – airtimes.my

#Airtimes #Baykar #BayraktarTB3 #UCAV #AI #Turkiye

Related Articles

Leave a Reply