KUALA LUMPUR, 28 MEI – Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi menjadi ahli kabinet kedua yang meletakkan jawatan.
Beliau dalam satu kenyataan berkata, peletakan jawatan tersebut berkuatkuasa pada 4 Julai 2025.
” Saya bercuti bermula esok hingga 3 Julai 2025,” kata Ahli Parlimen Setiawangsa dalam satu kenyataan.
Nik Nazmi turut berkata, beliau mengambil keputusan tersebut kerana gagal mempertahankan jawatan sebagai Naib Presiden Keadilan dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.
”Saya sedar bahawa kedudukan saya ketika itu sebagai Naib Presiden KEADILAN merupakan antara pertimbangan utama dalam pelantikan saya ke Kabinet,
“Memandangkan saya tidak berjaya mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan parti baru-baru ini, saya telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri,” katanya.
Menurutnya, beliau kini menantikan peluang untuk kembali menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen, serta menumpukan perhatian kepada khidmat di di Setiawangsa. – airtimes.my
#NikNazmi #letakjawatan #AirTimes #Semasa