Home Semasa8 anggota FRU maut nahas, kenderaan bertembung lori batu

8 anggota FRU maut nahas, kenderaan bertembung lori batu

by Suraya Aziz
A+A-
Reset

TELUK INTAN, 13 MEI – Sekurang-kurangnya lapan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terkorban selepas kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori muatan batu di Jalan Chikus–Sungai Lampam, awal pagi tadi.

Difahamkan, ketika kejadian, kesemua 18 anggota FRU termasuk pemandu terbabit sedang dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas menamatkan penugasan operasi Op Chariot sempena sambutan Hari Wesak semalam, di Teluk Intan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 8.30 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan segera digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Setakat ini, saya boleh mengesahkan seramai lapan mangsa maut dalam kejadian ini dan operasi menyelamat sedang berjalan. Beberapa mangsa yang berjaya dikeluarkan telah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan,” katanya.

Mengulas lanjut, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori FRU yang membawa 15 anggota termasuk pemandu bertembung dengan lori membawa batu dari arah bertentangan, mengakibatkan sebahagian mangsa tersepit dan mengalami kecederaan parah.

Setakat ini, identiti mangsa belum didedahkan dan pihak berkuasa masih menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar nahas. Laluan tersebut turut ditutup sementara bagi memberi ruang kepada pasukan penyelamat menjalankan tugas. -airtimes.my

#FRU #Maut #Pasukansimpananperseketuan #AirTimes

Related Articles

Leave a Reply