if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home SemasaGlobal Amerika akan terima padah jika langgar gencatan senjata – Houthi

Amerika akan terima padah jika langgar gencatan senjata – Houthi

by Suraya Aziz

SANA’A, 7 MEI – Yaman memberi amaran keras kepada Amerika Syarikat (AS) agar terus menghentikan pencerobohan ketenteraan, sambil menegaskan sebarang pelanggaran terhadap gencatan senjata akan dibalas dengan tindakan ketenteraan yang menyakitkan dan setimpal.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Yahya Saree menerusi Telegram rasminya, beliau memaklumkan, pihaknya menolak sebarang penyerahan mahupun penundukkan kepada musuh.

“Angkatan Tentera Yaman tidak akan teragak-agak untuk memberikan tindak balas yang keras dan menyakitkan kepada musuh Amerika sekiranya mereka meneruskan pencerobohan ke atas negara kami,

“Rakyat Yaman yang agung berdiri di landasan yang benar, berjuang demi Allah serta melaksanakan tanggungjawab agama, moral dan kemanusiaan terhadap rakyat Palestin yang tertindas serta terhadap semua bangsa dan negara di dunia Arab dan Islam,

“Mereka menolak penyerahan dan tunduk kepada musuh, dan mereka tidak akan berundur atau menyerah kalah walau apa pun akibatnya,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Saree menegaskan, pasukan Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) Yaman telah melaksanakan dua operasi ketenteraan sebagai tanda sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Jelasnya, operasi pertama menyasarkan Lapangan Terbang Ramon milik Zionis di Umm al-Rashrash dengan dua buah dron, manakala operasi kedua mensasarkan sasaran strategik di Yafa menggunakan dron jenis Yafa.

Serangan tersebut dikatakan sebagai tindak balas terhadap jenayah berterusan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin serta pencerobohan ketenteraan Amerika ke atas Yaman.

Dalam tindakan ketenteraan yang lain, pasukan UAV dan tentera laut Yaman turut bekerjasama melancarkan serangan balas ke atas kapal pengangkut pesawat milik Amerika, USS Truman, dan beberapa kapal perang lain di utara Laut Merah.

Katanya, serangan menggunakan peluru berpandu balistik dan dron tersebut berjaya menyebabkan pesawat F-18 musuh berjaya dijatuhkan akibat kekeliruan taktikal semasa operasi.

“Operasi ini telah menggagalkan serangan udara musuh yang sedang dirancang terhadap negara kami. Sebuah pesawat F-18 milik Amerika telah berjaya dijatuhkan akibat kekeliruan dan panik yang dialami oleh pihak musuh semasa operasi penyasaran berlangsung. Kapal pengangkut Truman pula melarikan diri ke bahagian utara Laut Merah,” jelas kenyataan itu.

Tambahnya lagi, serangan tersebut berlaku sebelum pengumuman rasmi pihak AS mengenai penghentian serangan terhadap Yaman.

Semalam, Presiden AS, Donald Trump mendakwa kumpulan Houthi di Yaman telah bersetuju melaksanakan gencatan senjata dan berikrar tidak akan menyerang kapal-kapal dagang AS di Laut Merah.

Trump kemudiannya mengumumkan serangan ke atas Yaman dihentikan dan perintah berkenaan berkuat kuasa serta-merta selepas penggumuman dibuat.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak Yaman menolak dakwaan pihaknya tunduk kepada tekanan antarabangsa atau bersetuju sepenuhnya dengan gencatan senjata.

Tegas Saree, operasi ketenteraan Tentera Yaman akan diteruskan sehingga pencerobohan ke atas Gaza dihentikan sepenuhnya dan sekatan terhadap wilayah itu ditarik balik.

“Kepada rakyat kami yang tercinta, setia dan berjuang, ketahuilah bahawa angkatan tentera memiliki keupayaan ketenteraan yang, dengan kebergantungan kepada Allah, membolehkan mereka untuk memberikan tindak balas yang setimpal terhadap pencerobohan Israel.

“Kami akan terus menghalang pelayaran Israel di Laut Merah dan Laut Arab, serta mengharamkan lalu lintas udara di Lapangan Terbang Lod. Kami akan kekal setia dan tabah, darah dibalas dengan darah, bersama Gaza dan Palestin hingga mencapai kemenangan,” tegasnya mengakhiri kenyataan. – airtimes.my

#Global #Houthi #AirTimes #Gaza #Israel

Related Articles

Leave a Reply