if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home SemasaGlobal Trump dakwa Houthi menyerah kalah, tidak mahu berperang lagi

Trump dakwa Houthi menyerah kalah, tidak mahu berperang lagi

by Suraya Aziz

WASHINGTON – Kumpulan Houthi di Yaman didakwa telah menyerah kalah dan bersetuju menghentikan serangan terhadap kapal dagang antarabangsa, menurut Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

“Kami menerima berita yang sangat baik malam tadi. Houthi telah mengumumkan kepada AS bahawa mereka tidak mahu berperang lagi. Mereka benar-benar tidak mahu berperang. Dan kami akan menghormati perkara itu serta menghentikan pengeboman. Mereka juga telah menyerah kalah.

Tegas Trump, Houthi turut memberi jaminan tidak lagi akan mensasarkan kapal-kapal di pelbagai laluan maritim antarabangsa.

“Dan saya (AS) akan menerima janji mereka(Houthi). Kami akan hentikan pengeboman terhadap Houthi berkuat kuasa serta-merta,” tambah beliau pada Selasa.

Mengulas lanjut, Menteri Luar Oman, Sayyid Badr Albusaidi dalam kenyataan di media sosial pula berkata, kesepakatan tersebut turut menjamin kebebasan pelayaran dan kelancaran perdagangan antarabangsa di kawasan terbabit.

“Susulan perbincangan dan hubungan terkini yang dijalankan oleh Kesultanan Oman dengan Amerika Syarikat serta pihak berkuasa berkaitan di Sanaa, Republik Yaman, usaha-usaha ini telah menghasilkan satu perjanjian gencatan senjata antara kedua-dua pihak,

“Pada masa hadapan, tiada pihak akan menyasarkan pihak satu lagi, termasuk kapal-kapal milik Amerika, di Laut Merah dan Selat Bab al-Mandab, sekali gus menjamin kebebasan pelayaran dan kelancaran perdagangan maritim antarabangsa.

Beliau turut menyatakan harapan agar persetujuan ini menjadi titik permulaan kepada penyelesaian pelbagai isu serantau ke arah keadilan, keamanan dan kemakmuran.

Dalam pada itu, kenyataan itu dibuat hanya beberapa jam selepas jet pejuang Israel menyerang Lapangan Terbang Antarabangsa Sanaa yang dikuasai Houthi, dalam satu serangan udara yang mengorbankan sekurang-kurangnya 3 individu.

Difahamkan serangan tersebut telah “memusnahkan sepenuhnya” lapangan terbang berkenaan, termasuk kemudahan stesen janakuasa dan sebuah kilang simen yang berdekatan.

Serangan itu dipercayai sebagai tindak balas terhadap peluru berpandu yang dilancarkan Houthi ke arah Tel Aviv, yang menyebabkan letupan berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion, pada Ahad lalu.

Terdahulu, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat minggu lalu mendedahkan, sejak pertengahan Mac, tentera AS telah melancarkan lebih 1,000 serangan ke atas sasaran Houthi di seluruh Yaman, termasuk infrastruktur peluru berpandu dan sistem pertahanan udara kumpulan tersebut.

Bagaimanapun, ketegangan ini kini dilihat mulai reda susulan kejayaan rundingan diplomatik yang diketuai oleh Kesultanan Oman antara Washington dan pihak berkuasa Houthi di Sanaa.

Perbincangan itu menyaksikan kedua-dua pihak bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata dan tidak lagi menyasarkan satu sama lain. -airtimes.my

#AirTimes #Global #Houthi #Trump #LautMerah

Related Articles

Leave a Reply