if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Hina Nabi Muhammad: Tiada kompromi dan tolak ansur kepada pelaku – SKMM

Hina Nabi Muhammad: Tiada kompromi dan tolak ansur kepada pelaku – SKMM

by Aqilah Azman

CYBERJAYA, 24 APRIL – Kerajaan tidak akan berkompromi dan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang menyentuh isu 3R (agama, kaum, dan institusi diraja) yang berpotensi menimbulkan ketegangan antara agama serta menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam kenytaan memaklumkan, pihaknya telah merakam percakapan seorang individu yang memuat naik komen bersifat jelik melampau dengan menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam di laman aplikasi Facebook milik beliau.

“Rakaman percakapan lelaki berumur 63 tahun itu dijalankan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor pada 20 April lepas,

“Sebuah telefon bimbit berserta kad sim yang digunakan oleh suspek untuk memuat naik komen telah disita bagi tujuan analisis forensik,” jelas kenyataan itu.

Sehubungan itu, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR), di Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat dan akan diberikan taklimat bagi mendapatkan keputusan.

Kes disiasat di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan, individu berkenaan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai turut diingatkan untuk menggunakan media sosial secara beretika dan bertanggungjawab,” yambah SKMM lagi. -airtimes.my

#AirTimes #HinaNabi #Islam #Facebook #Isu3R #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply