if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut TLDM tarik minat belia pra-universiti, pamer aset udara dan aksi menyelamat

TLDM tarik minat belia pra-universiti, pamer aset udara dan aksi menyelamat

by Nurulhuda

KOTA KINABALU, 24 April – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terus memperkukuh usaha mempromosikan kerjaya ketenteraan kepada golongan muda menerusi Program Jiwa Murni Aviation Safety Week You Have Green Deck, yang berlangsung di Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu (KTEKK) pada Rabu.

Markas Pemerintahan Armada (MPA) Timur memaklumkan, program ini dilaksanakan bersempena Hari Ulang Tahun TLDM ke-91 pada tahun ini.

“Objektif utama program adalah untuk mempromosikan kerjaya dalam TLDM kepada pelajar pra-universiti agar mereka menjadikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai pilihan kerjaya masa depan,

“Ia turut mempamerkan keupayaan aset udara TLDM dalam operasi menyelamat menggunakan kaedah Helicopter Rescue Method seperti double lift dan rescue basket lift,” menurut kenyataan MPA Timur pada Khamis.

Demonstrasi penyelamatan itu dilaksanakan melalui simulasi nahas helikopter melibatkan pesawat AW139 TLDM di padang KTEKK.

Simulasi berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama agensi penyelamat seperti Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, BBP Lintas, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Negeri Sabah serta Hospital Angkatan Tentera Wilayah Kota Kinabalu (HATWKK).

“HATWKK bertindak sebagai first responder, penyelamat dan pemberi rawatan awal kepada mangsa nahas helikopter yang melibatkan kru udara dan orang awam,” tambah kenyataan itu lagi.

Program ini turut menampilkan pameran kerjaya oleh pelbagai unit TLDM seperti Skuadron 601 (Unmanned Aerial System ScanEagle), Pasukan Khas Laut (PASKAL), Pasukan Selam Markas Pemerintahan Armada Timur, serta Markas Pemerintahan Kapal Selam (MPKS) bagi memberi pendedahan awal mengenai peluang kerjaya dalam ketenteraan laut.

Panglima Armada Timur, Laksamana Madya Datuk Khir Junaidi Idris turut hadir memeriahkan acara dan menyampaikan sijil penghargaan kepada agensi terlibat serta pelajar-pelajar cemerlang dalam Ujian Aptitud yang telah diadakan sehari sebelumnya.

Menurut MPA Timur lagi, program ini bukan sekadar platform untuk rekrut masa depan, malah menjadi medium mempamerkan keupayaan operasi dan kebolehan aset TLDM yang relevan dalam situasi bencana dan penyelamatan, selain mengukuhkan kerjasama strategik antara agensi keselamatan negara.-airtimes.my

#TLDM #airtimes #HUTTLDM91 #PJM #pertahanan

Related Articles

Leave a Reply