if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Calon PN main dua wajah: AMANAH dakwa guna sentimen kaum demi undi

Calon PN main dua wajah: AMANAH dakwa guna sentimen kaum demi undi

by Nurulhuda

IPOH, 23 April – Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Perak menyifatkan tindakan seorang calon Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning yang mendakwa dirinya ‘berdarah Cina’ sebagai satu tindakan terdesak bagi meraih sokongan pengundi bukan Melayu menjelang penghujung kempen.

Setiausaha AMANAH Perak, Salman Saleh berkata, dakwaan tersebut jelas bercanggah dengan pendekatan kempen yang dibawa oleh jentera PN yang didakwa meniup sentimen perkauman sejak awal kempen, termasuk menyentuh isu ladang babi, pemilikan tanah, dan lain-lain perkara yang menyentuh sensitiviti kaum.

“Tindakan calon PN ini bukan sahaja tidak konsisten, malah memperlihatkan wajah sebenar calon dan jentera PN berkempen dua wajah, berubah ikut audiens, dan sanggup berkata apa sahaja untuk undi,” dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau lagi, jika benar PN menghormati keharmonian kaum, kempen mereka tidak akan dipenuhi dengan retorik perkauman dan politik kebencian.

AMANAH Negeri Perak turut menggesa para pengundi agar menilai setiap calon dengan bijaksana dan tidak terpedaya dengan calon yang sanggup menukar pendirian demi kepentingan politik.

“Politik berprinsip tidak akan bertukar skrip hanya kerana takut kalah,” tegas Salman.

PRK Ayer Kuning yang menyaksikan pertandingan antara beberapa parti termasuk Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi, dengan para calon kini giat berkempen untuk mendapatkan mandat rakyat.-airtimes.my

#PRK #Ayerkuning #airtimes #Amanah #PN #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply