if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Kemenangan politik lebih utama daripada haji, JAKIM teliti kenyataan Hadi Awang

Kemenangan politik lebih utama daripada haji, JAKIM teliti kenyataan Hadi Awang

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 21 Apr – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini sedang meneliti kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menyatakan bahawa kemenangan politik lebih utama daripada menunaikan haji dan umrah.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, kajian terhadap kenyataan berkenaan dijalankan bagi memastikan umat Islam memahami dengan jelas kedudukan ibadah umrah dan haji dalam Islam serta tidak disalah tafsir.

“JAKIM mengambil maklum berhubung kenyataan yang dilaporkan media bertajuk ‘PRK Ayer Kuning: Kemenangan politik lebih utama daripada tunai umrah, haji,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, JAKIM kini meneliti perkara itu bersama Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan dan pihak-pihak berautoriti lain bagi mendapatkan pandangan berdasarkan syarak.

“JAKIM menyeru semua pihak agar sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang menyentuh hal-hal berkaitan agama supaya tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, bdul Hadi dalam ceramah sempena kempen PRK DUN Ayer Kuning di Tanjung Keramat, Perak, menyeru umat Islam mencontohi strategi Rasulullah SAW yang didakwanya mendahulukan urusan politik sebelum menunaikan haji.

Menurutnya, umat Islam wajib menguasai pemerintahan negara kerana kuasa politik adalah ketetapan Allah.

“Utamakan kemenangan politik. Nabi nak tunaikan haji pun…nabi mendahulukan kemenangan politik daripada tunaikan haji dan umrah. (Ia) boleh ditangguh, kemenangan politik tidak boleh ditangguh,

“Kuasa politik yang tinggi mesti orang Islam. Allah tak izin orang bukan Islam atasi orang Islam dalam pemerintahan negara,

“Kita mesti faham, kemenangan politik kepada Islam sangat penting. Islam mesti berkuasa dan memerintah, memimpin,” ujarnya pada Ahad.

#JAKIM #PAS #AbdulHadi #PRK #ceramah #airtimes

Related Articles

Leave a Reply