if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa JAKIM gesa MCMC siasat pemilik akaun Facebook ‘Lyan Liu’ sebar hasutan

JAKIM gesa MCMC siasat pemilik akaun Facebook ‘Lyan Liu’ sebar hasutan

by Aqilah Azman

KUALA LUMPUR, 21 APRIL – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) digesa untuk mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Facebook ‘Lyan Liu’ yang didakwa menyebarkan kenyataan berbaur kebencian dan hasutan di media.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya memandang serius dan aduan terhadap pemilik akaun itu telah dikemukakan kepada MCMC.

“JAKIM telah mengemukakan aduan kepada MCMC agar tindakan sewajarnya dapat diambil selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada, memandangkan kandungan (hantaran) tersebut jelas berunsur ekstremisme, kebencian agama dan perkauman,” jelasnya dalam kenyataan, pada hari ini.

Beliau berkata demikian, tindakan sedemikian tidak sewajarnya berlaku bagi mengelakkan menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama yang bukan sahaja akan mencetuskan sensitiviti umat Islam malah mampu menggugat ketenteraman awam serta perpaduan nasional.

“Kenyataan dimuat naik individu berkenaan mengandungi unsur penghinaan keterlaluan terhadap agama dan bangsa jelas bertentangan dengan prinsip keharmonian antara kaum dan agama yang telah lama dipelihara di negara ini,” tambahnya lagi.

Justeru, beliau turut menegaskan agar orang ramai tidak terpengaruh atau bertindak balas secara emosional terhadap sebarang bentuk provokasi, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas berdasarkan lunas undang-undang. -airitimes.my

#AirTimes #JAKIM #MCMC #Hasutan #Mediasosial #Facebook #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply