if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Isu Menara KL: Tidak sepatutnya menganggu status quo – Abdul Hamid

Isu Menara KL: Tidak sepatutnya menganggu status quo – Abdul Hamid

by Aqilah Azman

KUALA LUMPUR, 18 APRIL – Bekas pengendali Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd., Pengarah urusan MKLSB, Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh di sini hari ini, menekankan mana-mana pihak lain tidak sepatutnya menganggu status quo sehingga tarikh perbicaraan.

“Bila ada sesuatu fail di mahkamah, sepatutnya keadaan ada dalam status quo,” tegasnya yang seharusnya tidak patut diusir sehingga mahkamah membuat keputusan.

Beliau berkata demikian, pada 27 dan 28 Mac lalu telah memfailkan di mahkamah, walaupun mengetahui Menara Kuala Lumpur milik kerajaan (Kementerian Komunikasi dan Multimedia) dan tanah tersebut milik Tanah Persekutuan.

Justeru, Abdul Hamid mempersoal tindakan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang memasuki premis Menara KL dengan memberi notis selama tujuh hari bagi menyita dan mengusir mereka, sedangkan isu tersebut telah dibawa ke mahkamah.

“Kami berharap kami memohon, menghormati proses undang-undang itu, yang paling penting kena hormat proses undang-undang,” katanya di sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Susulan, beliau memaklumkan bahawa tarikh pendengaran (prosiding mahkamah) pada 9 Jun 2025.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Syed Hassan Syed Ali menggesa dan berharap NGO-NGO juga Melayu perlu menyokong syarikat-syarikat orang Melayu.

“Kita akan tubuhkan tabung, insyaAllah tabung memperjuangkan hak kepentingan Melayu terutamanya banyak isu-isu yang kita terpaksa diambilkira ke mahkamah dan perlu maklum balas peguam.” katanya. – airtimes.my

#AirTimes #KLTower #MenaraKL #MKLSB #Melayu #KualaLumpur #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply