if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Semasa Isu pindah kuil selesai secara teratur, penuh toleransi – Anwar

Isu pindah kuil selesai secara teratur, penuh toleransi – Anwar

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Isu pemindahan tapak Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman untuk pembinaan Masjid Madani di Jalan Masjid India dibuat secara teratur dan penuh toleransi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, telah mengarahkan Jemaah Menteri, Jabatan Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya berunding dengan baik sebelum keputusan muktamad dibuat.

“Kalau lihat dalam kemelut ini, memang betul rakan-rakan saya dalam Jemaah Menteri tahu, saya cakap dengan tegas, runding, tolak ansur tetapi tidak berganjak daripada keputusan kita wajib masjid didirikan di sini,

“Ini bukan nak tunjuk kemenangan kita. Ini kemenangan bukan kerana keangkuhan, tetapi kerana kita mampu menunjukkan kebijaksanaan,

“Kekuatan dan kemuliaan Islam bukan dengan keangkuhan. Itu adalah falah…falah itu apabila kita dapat muncul sebagai contoh dan peribadi yang baik, adil, penyayang dan bukannya dengan bengis atau kebencian,” kata pada majlis pecah tanah Masjid Madani.

Sehubungan itu, beliau mahu Masjid MADANI yang akan dibangunkan ini, menjadi pusat komuniti setempat kepada umat Islam dan masyarakat terutamanya di sekitar ibu kota.

Menurutnya, masjid 4 tingkat yang berkeluasan 12,142 kaki persegi itu, turut mengandungi kemudahan seperti ruang perpustakaan, dewan persidangan, ruang seni dan budaya untuk memperkenalkan Islam kepada orang ramai.

“Masjid ini tidak hanya memberikan maksud masjid di tengah kota yang memberikan satu falsafah tentang pembangunan kita berakar kepada akidah Islam, yang meletakkan nilai dan akhlak yang baik, berusaha menghimpunkan umat Islam, tetapi juga merangkul dan menunjukkan kasih sayang kepada manusia di sekeliling,” tambahnya lagi.

Pada masa sama, Anwar, yang juga Menteri Kewangan turut membidas segelintir kelompok Islam dan Hindu yang melampau melontarkan reaksi negatif tanpa memikirkan kesan buruk akibat daripada kenyataan mereka tanpa menyatakan fakta sebenar.

“Kita minta dirikan masjid di kawasan ini dan diwakafkan, tapi ada kuil, jadi kita pindahkanlah. Runding dengan baik,

“Ini kita sudah capai dan saya berterima kasih kepada semua, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Wilayah Persekutuan dan rakan-rakan bukan Islam, Gobind (Menteri Digital Gobind Singh Deo) dan Ramanan (Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan) juga bantu menjelaskan,

“Kalau semua orang nak jadi hero kaum mereka sendiri, rosak negara ini. Nak jadi pemimpin tapi bercakap bagi pihak dan pertahankan sentimen benci kaum, tak kira hukum, tak kira benar atau palsu,” tegasnya lagi.

Rancangan untuk menempatkan semula sebuah kuil bagi memberi laluan kepada pembinaan masjid itu telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai, termasuk daripada golongan peguam.

Terdahulu, peguam yang mewakili jawatankuasa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman mendakwa DBKL pernah mengarahkan kuil yang asalnya dibina pada 1893 itu berpindah beberapa meter ke lokasi sedia ada.

Namun, pada 2014 tanah tersebut dikatakan telah dijual kepada Jakel Trading Sdn Bhd tanpa pengetahuan pihak kuil, untuk pembangunan sebuah masjid.

Sementara itu, Timbalan Presiden MIC, M Saravanan turut menyatakan bahawa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman itu telah wujud lebih 100 tahun dan tidak pernah dipindahkan seperti dakwaan sesetengah pihak.

Sehubungan itu, Anwar menegaskan, pihak kerajaan berharap agar semua pihak dapat menyelesaikan perkara ini secara harmoni tanpa sebarang ketegangan.-airtimes.my

#masjid #kuil #Malaysia #MasjidIndia #pindah #roboh #Anwar #airtimes

 

Related Articles

Leave a Reply