if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Kes kematian anggota tentera: Jangan kaitkan dengan UPNM – Khaled

Kes kematian anggota tentera: Jangan kaitkan dengan UPNM – Khaled

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan bahawa kes kematian seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dari Batalion Ke-20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD) di sebuah kem di Miri, Sarawak pada Isnin lalu sebagai kes terpencil.

Menurutnya, kematian melibatkan Prebet Muhammad Muqriz Aseri, 21 itu tidak boleh dikaitkan dengan insiden yang berlaku di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), kerana pada ketika ini kes itu sedang disaisat oleh pihak berkuasa.

“Jangan dicantumkan antara yang berlaku di UPNM dengan yang ini. Ini adalah satu insiden yang jarang-jarang berlaku,

“Kita tidak pernah mendengar kes seperti ini sebelum ini. Oleh itu, kita hendak mengkajinya secara mendalam untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), hari ini.

Mohamed Khaled berkata, pihaknya akan terus memberi kerjasama dengan polis dalam menjalankan siasatan terperinci secara telus.

“Apa sebenarnya tak boleh nak kata ada dera sebagainya sebab tengah siasat. Kita serah pada pihak polis. Kita akan memberi kerjasama. Kita akan transparent (telus) dalam soal ini dan kita memang tidak berkompromi (terhadap) perkara-perkara seperti ini,

“Dan hasil daripada itu (siasatan), kita akan lihat bagaimana kita akan pastikan semua perkara dan insiden seperti ini tidak berulang,” ujarnya lagi.

Beliau turut menegaskan agar pihak di luar sana untuk tidak membuat kesimpulan secara terburu-buru melibatkan kes kematian Prebet Muhammad Muqriz.

Semalam, Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataan memaklumkan, punca kematian Prebet Muhammad Muqriz adalah akibat trauma tumpul pada dada.

Menurut TDM, punca kematian Muhammad Muqriz, yang berusia 21 tahun, adalah berdasarkan laporan awal hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Miri kelmarin.

TDM juga memaklumkan siasatan awal yang dilaksanakan oleh pasukan berkenaan mendapati wujud unsur ‘manhandling’ yang dipercayai penyebab kematian allahyarham.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, dua anggota 20 RAMD ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes kematian prebet tersebut.

Kedua-dua prebet berusia 22 dan 24 tahun itu ditahan di Kem Sri Miri pada jam 4.30 petang kelmarin.

Beliau berkata, polis sudah mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman kedua-dua suspek selama tujuh hari sehingga 2 April depan.-airtimes.my

#airtimes #maut #dera #Sarawak #pertahanan #TDM

Related Articles

Leave a Reply