Sejarah membuktikan bahawa ideologi komunisme pernah berusaha untuk menyusup masuk ke dalam pemikiran bangsa Melayu, terutama pada era sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua.
Namun, kelemahan dalam memahami ancaman ini, ditambah dengan kealpaan bangsa Melayu terhadap strategi halus komunis sehingga saat ini, hampir membawa kesan yang merugikan kepada bangsa dan negara.
Komunisme adalah satu ideologi politik dan ekonomi yang menekankan bahawa bumi ini adalah milik bersama umat manusia, umat sejagat tanpa bangsa dan penghapusan kelas sosial.
Ideologi ini berasaskan pemikiran Karl Marx yang merupakan anak watan Jerman yang mendapat suaka politik di London.
Fahaman komunisme ini semakin lama mula merebak dalam masyarakat di pelbagai negara termasuk di Malaysia.
Parti Komunis Malaya (PKM) berusaha menanamkan fahaman ini dalam masyarakat dengan menggunakan pelbagai cara antara menggunakan propaganda melalui pendidikan, media cetak dan ceramah.
Pada tahun 1930, merupakan tarikh di mana PKM telah ditubuhkan di Kuala Pilah dengan membawa agenda komunisme serta menghasut masyarakat tempatan.
Bapa Revolusi Vietnam ketika itu, Ho Chi Minh hadir sebagai wakil Communist International (Comintern) dan telah datang ke Batu Kikir untuk merasmikan penubuhan PKM.
Ideologi PKM ialah Marxisme, iaitu dasar dan perjuangan PKM untuk mendirikan Tanah Melayu yang bebas merdeka daripada cengkaman penjajah Inggeris, mengamalkan sistem ekonomi sosialis serta mendirikan Republik Tanah Melayu.
Selepas Tanah Melayu mendapatkan kemerdekaan, PKM telah melancarkan pemberontakan pada tahun 1968 hingga 1989 melalui Perang Gerila Kedua, tetapi gagal mendapat sokongan besar.
Kegagalan ini telah membawa kepada lumpuhnya gerakan PKM dan berlaku Perjanjian Damai Hatyai (1989) dengan kerajaan Malaysia dan Thailand.
Meskipun gerakan komunis di Malaysia telah berakhir, isu berkaitan PKM, terutama fahaman dan perjuangan komunisme masih menjadi perdebatan dalam politik Malaysia hingga kini.
Sumber daripada penyelidik bebas, Jane Teo berkata, kemungkinan terdapat organisasi yang sedang menggunakan taktik komunisme untuk menubuhkan sebuah negara dalam negara serta menghasut kaum minoriti di Malaysia.
Timbul persoalan, apakah yang dimaksudkan dengan penubuhan sebuah negara dalam negara?
Untuk memahami isu ini, kita boleh mengambil contoh daripada tanah air China, yang merupakan kerajaan Republik China atau dikenali sebagai Taiwan dan kerajaan PRC di bawah pemerintahan Parti Komunis China (PKC) sejak 1949.
Menurut penyelidik, dari tahun 1930 hingga 1934, PKC berusaha menggulingkan kerajaan sah China, iaitu Republik China (dikenali sebagai Taiwan hari ini), dengan bantuan Parti Komunis Soviet.
“Mereka menubuhkan sebuah negara dalam negara Republik Soviet China yang menghasut kaum minoriti untuk berpisah dari Republik China.
“Tindakan ini menyebabkan kerajaan Republik China melancarkan lima kempen pengepungan terhadap PKC,” katanya.
Selepas kegagalan kempen kelima, pada Oktober 1934, Tentera Merah PKC terpaksa berundur dari Jiangxi dan memulakan apa yang disebut sebagai “Long March,” yang sebenarnya adalah pelarian besar-besaran,” ujar beliau.
Menjelang 1937, sebelum Jepun melancarkan perang penuh terhadap China, jumlah Tentera Merah PKC telah berkurangan kepada sekitar 20,000 orang,
Menurut Mao Zedong, sekiranya Jepun tidak menyerang China secara besar-besaran, PKC pasti telah dimusnahkan oleh kerajaan Republik China.
Namun, semasa Perang China-Jepun yang berlangsung selama 14 tahun, tindakan PKC sejak awal hingga akhir hanya berfikir tentang satu perkara iaitu “merebut kuasa.” pemerintahan.
Jelas penyelidik lagi, sebaik sahaja perang berakhir, PKC segera mengalihkan senjata mereka ke arah tentera Republik China yang telah berjuang bermati-matian selama 14 tahun.
Sebaik sahaja perang berakhir, PKC segera mengalihkan senjata mereka ke arah tentera Republik China yang telah berjuang bermati-matian selama 14 tahun.
PKC menggunakan isu ini untuk mendapatkan sokongan pemimpin dunia terhadap konsep “Satu China,”.
Tetapi hakikatnya, “Satu China” tidak sama dengan “Satu Malaysia.” Tanah air Taiwan dan perairan Malaysia termasuk dalam tuntutan garis sebelas sengkang yang dicipta oleh PKC.
Jelas penyelidik, pertikaian antara dua kuasa ini bukan soal tanah, tetapi Taiwan membuktikan bahawa naratif dan propaganda PKC adalah salah.
PKC sentiasa mendakwa bahawa rakyat China mesti diperintah oleh satu parti sahaja dan bahawa demokrasi tidak akan berjaya.
Tetapi Taiwan telah membuktikan sebaliknya dengan kebebasan beragama dan kebebasan bersuara berjaya diterapkan di sana.
Selain itu, jika bicara soal tanah jajahan, ianya boleh dilihat bagaimana Jiang Zemin, bekas pemimpin PKC yang memulakan penganiayaan terhadap Falun Gong, dengan Jiang Zemin telah menjual tanah yang jauh lebih luar daripada Taiwan.
Pada 9 Disember 1999, Jiang Zemin menandatangani “Perjanjian Mengenai Garis Sempadan Timur dan Barat China-Rusia” dengan Presiden Rusia ketika itu, Boris Yeltsin.
Melalui perjanjian ini, Jiang Zemin menyerahkan lebih daripada 1 juta kilometer persegi tanah China kepada Rusia iaitu kawasan yang lebih besar daripada keseluruhan tiga wilayah timur laut China dan beberapa kali ganda lebih besar daripada Taiwan.
Selain itu, Jiang Zemin turut menyerahkan pintu keluar ke Laut Jepun di Sungai Tumen kepada Rusia dan menutup sepenuhnya akses timur laut China ke laut terbuka.
Perjanjian ini membatalkan sepenuhnya perjanjian sempadan yang adil pada zaman Dinasti Qing seperti Perjanjian Nerchinsk (1689) selain semua kerajaan China sebelumnya, termasuk Perjanjian Aigun (1858) serta Perjanjian Beijing (1860).
Melihat kepada sejarah PKC di China, ia tentunya memberikan tampat negatif terhadap sistem demokrasi seperti yang diamalkan di Malaysia sekaligus mengancam keharmonian kaum di Malaysia.
Penyebaran ideologi komunis memberi kesan mendalam terhadap sejarah dan pembangunan Malaysia.
Walaupun PKM gagal mencapai matlamat mereka, kesannya masih dirasai dalam bentuk sistem keselamatan yang lebih kukuh, dasar politik yang tegas terhadap ideologi ekstrem, dan kesedaran rakyat tentang bahaya komunisme.
Walaupun ideologi komunis telah lenyap sebagai ancaman utama, peristiwa sejarah ini terus menjadi pengajaran penting bagi kestabilan negara. -airtimes.my
#komunisme #ideologi #bangsamelayu #China #Taiwan #PKM #Airtimes #Malaysia