KUALA LUMPUR, 26 MAC – Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Badrul Hisham Shaharin atau Che’Gu Bard, mendedahkan mengenai satu pautan video berkenaan isu Komunis China di Malaysia.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, perkongsian tersebut, memaklumkan terdapat kaum Cina Malaysia yang turut membantu Parti Komunis China di Malaysia dan mengkritik tindakan kerajaan Malaysia yang membenarkan perkara tersebut berlaku.
“Nampaknya Komunisme tidak lagi diharamkan di Malaysia…” kata Che’Gu Bard yang bimbang dengan penyebaran fahaman komunis di negara ini.
Melalui pautan video tersebut, ia mempersoalkan mengapa mereka melakukan kerja untuk parti Komunis China di negara ini dan adakah mendapat dana daripada kerja tersebut.
“Mereka bergerak atas ‘persatuan perniagaan’ sama ada mereka berdaftar sebagai NGO atau syarikat, apa yang lebih penting ialah adakah kegiatan mereka ini sah di sisi undang-undang di Malaysia?” jelas dalam hantaran video tersebut.
Sehubungan itu, Che’Gu Bard turut menjelaskan, bahawa pada September 2024 telah mendedahkan UMNO menghantar pemimpin ke sekolah politik parti Komunis China untuk dilatih pengkaderan.
Terdahulu, beliau menegaskan ia bukan isu politik mahupun isu UMNO lawan Bersatu, namun ia persoalan berkenaan negara.
“Ini penghinaan kepada mangsa-mangsa (komunis) di Bukit Kepong dan ribuan mangsa lain, ini juga merupakan penghinaan kepada anggota polis dan tentera yang berdepan dengan komunis,” katanya dalam lapor media tempatan lalu.
Bagaimanapun, ramai orang cina Malaysia membantah kewujudan organisasi ini, seperti yang dinyatakan di ruangan komen ada segelintir warga Cina yang mempertikai kewujudan persatuan seperti itu dan dikira agak menakutkan, adapun yang ingin membuat laporan.
Penemuan tersebut, telah didedahkan oleh salah seorang di laman sosial Instagram yang menyatakan bahawa, kewujudan sebuah organisasi tidak sah ‘Persatuan Promosi Penyatuan Secara Aman Satu China Malaysia’ setelah diterjemahkan dari bahasa Cina ke bahasa Melayu.
Jelas dalam kenyataan lagi, rakyat Malaysia tidak mengetahui kewujudan persatuan tersebut dan hanya media Cina sahaja yang melaporkan isu terbabit. -airtimes.my
#AirTimes #Komunisme #China #UMNO #Malaysia