if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tak sempat sahur: Anggota tentera maut selepas tekan tubi, commando rest 2 minit

Tak sempat sahur: Anggota tentera maut selepas tekan tubi, commando rest 2 minit

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Seorang anggota tentera maut dipercayai mengalami kecederaan dalaman selepas disyaki didera oleh senior dalam kejadian di sebuah kem di Miri, awal pagi kelmarin.

Mangsa berusia 21 tahun berasal dari Puchong, Selangor itu disahkan meninggal dunia di Hospital Miri.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, mengesahkan kejadian itu tetapi tidak memberikan butiran lanjut mengenai status anggota senior terbabit sama ada telah ditahan untuk siasatan.

Sumber berkata, kejadian berlaku pada pukul 2.15 pagi Isnin ketika mangsa yang sedang tidur di berek bujang dikejutkan oleh dua anggota senior untuk bersahur.

Sebelum bersahur, dua senior terbabit telah mengarahkan mangsa melakukan ‘commando rest’ (pacak kepala di lantai dengan tangan ke belakang) selama dua minit dan tekan tubi sebanyak 20 kali.

Difahamkan, mangsa selepas itu dilaporkan pitam sebelum kejadian dimaklumkan kepada seorang anggota berpangkat koperal yang juga ketua bilik bujang di berek berkenaan.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Miri namun disahkan meninggal dunia pada 3.05 pagi.-airtimes.my

#airtimes #maut #dera #Sarawak #pertahanan #TDM

Related Articles

Leave a Reply