if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Komitmen berterusan: KD JERONG sertai Eksesais BORNEO WAR 2/25 di bulan ramadan

Komitmen berterusan: KD JERONG sertai Eksesais BORNEO WAR 2/25 di bulan ramadan

by Nurulhuda

SANDAKAN, 26 Mac – Kapal Diraja (KD) JERONG, Tentera Lauat Diraja Malaysia (TLDM) yang berpangkalan di Markas Wilayah Laut 2, Sandakan, terus menunjukkan komitmen tinggi dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara dengan penyertaannya dalam Eksesais BORNEO WAR 2/25, meskipun di bulan Ramadan.

Menurut Markas Wilayah Laut (MAWILA) 2, eksesais yang berlangsung dari 18 hingga 21 Mac 2025 di perairan Laut China Selatan ini bertujuan menguji kesiapsiagaan serta kecekapan aset TLDM dan anggotanya.

“Latihan ini dapat menguji aset dan anggota TLDM dalam pelbagai aspek peperangan maritim, navigasi, ilmu kelautan, Mencegah Kebanjiran Melawan Api (MKMA), serta komunikasi.

“Penyertaan KD JERONG bersama aset TLDM lain dalam eksesais kali ini membuktikan keazaman dan dedikasi pasukan dalam memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara,” jelas MAWILA 2 dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Rabu.

Latihan seperti ini juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemahiran serta keupayaan operasi bagi menghadapi sebarang ancaman atau cabaran di perairan strategik negara.-airtimes.my

#TLDM #borneowar #pertahanan #KDJerong #Mawila2 #airtimes

Related Articles

Leave a Reply