if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Anggota 20 RAMD maut jantung rosak, akibat hentakan kuat pada dada – TDM

Anggota 20 RAMD maut jantung rosak, akibat hentakan kuat pada dada – TDM

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan kematian seorang anggota 20 Rejimen Askar Melayu Diraja (20 RAMD), Prebet Muhammad Muqriz Aseri, 21 tahun, yang berlaku di Kem Sri Miri, Sarawak pada 24 Mac 2025.

Menurut hasil bedah siasat yang dijalankan pada 25 Mac di Hospital Miri, Sarawak, punca kematian adalah akibat trauma tumpul pada dada (Blunt Trauma To The Chest – Contusio Cordis), yang berpunca daripada hentakan kuat sehingga menyebabkan kerosakan pada jantung.

Siasatan awal mendapati terdapat unsur ‘manhandling’ yang dipercayai menjadi penyebab utama kematian Allahyarham.

Sehubungan itu, TDM telah menyerahkan kes ini kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

Selain itu, satu Lembaga Siasatan dalaman turut ditubuhkan bagi mengenal pasti punca dan faktor yang menyumbang kepada insiden ini.

Jenazah Allahyarham telah diterbangkan ke Kuala Lumpur dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Al-Islamiah, Kampung Lindungan, Petaling Jaya, Selangor pada jam 11.55 malam tadi.

Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan, menegaskan bahawa TDM memandang serius kejadian ini dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dijalankan secara telus dan adil.

“TDM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana anggota yang didapati terlibat dan didapati bersalah di dalam insiden ini,

“TDM juga menasihatkan orang ramai agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau membuat spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan,” jelas TDM dalam kenyataan pada Rabu.

Dalam kenyataan yang sama, Panglima Tentera Darat turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap mereka tabah menghadapi kehilangan ini.-airtimes.my

#airtimes #maut #dera #Sarawak #pertahanan #TDM

Related Articles

Leave a Reply