Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lucunya, tiba-tiba jadi wira rakyat – Pemuda AMANAH sindir Pemuda UMNO – Air Times News Network
Home Semasa Lucunya, tiba-tiba jadi wira rakyat – Pemuda AMANAH sindir Pemuda UMNO

Lucunya, tiba-tiba jadi wira rakyat – Pemuda AMANAH sindir Pemuda UMNO

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Pemuda AMANAH hari ini membidas kenyataan dari Pemuda UMNO yang didakwa hanya pandai menuding jari tanpa memahami isu sebenar berkaitan isu beras dan monopoli Padiberas Nasional Bhd (Bernas).

Naib Pemuda AMANAH Nasional, Jeming Hassan menyifatkan, tindakan Pemuda UMNO yang mengkritik Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, sebagai tidak matang dan penuh dengan retorik politik.

Menurut Jeming, kritikan Pemuda UMNO mengenai monopoli Bernas dianggap hipokrit memandangkan konsesi Bernas dilanjutkan sehingga tahun 2031 oleh kerajaan terdahulu yang diterajui UMNO.

Beliau juga menyindir tindakan Pemuda UMNO yang tiba-tiba muncul menjadi ‘wira rakyat’ sedangkan mereka sendiri yang mempertahankan sistem lama yang menyukarkan rakyat.

“Dalam bahasa mudah: janganlah hari ini datang menjerit api kalau semalam kamu sendiri yang simbah minyak,” tegas Jeming.

Semalam, ketika isu kekurangan beras tempatan meruncing, Pemuda UMNO sekali lagi mencadangkan supaya monopoli Bernas dipecahkan bagi membolehkan lebih banyak pemain industri terlibat dalam pengimportan dan pengedaran beras.

Cadangan itu dikemukakan oleh Exco Pemuda UMNO, Wan Zuhir Ghazali, yang menyifatkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, perlu bertanggungjawab kerana isu ini memberi kesan besar kepada rakyat.

“Saya mencadangkan untuk menstruktur semula Bernas dan menggalakkan pemain industri baru.

Bernas sebagai satu-satunya pihak yang mengawal import dan pengedaran beras perlu distruktur semula bagi memastikan ia tidak menghalang persaingan sihat dalam industri,” katanya.

Tindakan kerajaan MADANI untuk stabilkan bekalan beras

Mengulas lanjut, Jeming menegaskan, menteri bukan hanya sedang menjelaskan fakta sejarah mengenai dasar beras negara, tetapi sedang memimpin usaha pembetulan.

“Usaha ini bukan kerja sehari dua. Ia bukan gimik media. Ia bukan pentas drama politik,” tegasnya lagi sambil menyenaraikan usaha yang sedang kerajaan Madani lakukan ketika ini.

Tindakan itu termasuklah, mengukuhkan pengeluaran beras tempatan, pemberian subsidi RM150 juta untuk memastikan kestabilan bekalan dan memperkemas pengedaran agar beras tempatan kembali meluas di pasaran.

Tegasnya, usaha ini bukanlah gimik politik atau pentas drama tetapi langkah jangka panjang untuk memastikan keterjaminan makanan negara.

Terima kasih Pemuda UMNO dan PAS

Dalam kenyataan sama, Pemuda AMANAH turut menyindir Pemuda UMNO dan PAS yang dikatakan hanya pandai mencari kesalahan untuk tujuan politik.

Sehubungan itu, Jeming mengajak mereka untuk bersama-sama menyokong usaha kerajaan memecahkan monopoli Bernas dan melaksanakan reformasi industri yang lebih adil dan telus.

“Kalau benar mahu bantu rakyat, mari kita sokong usaha pecahkan monopoli yang kalian sendiri biarkan berakar. Tapi kalau sekadar mahu cari salah untuk rakam video TikTok, maaf cakap — rakyat lapar nasi, bukan drama,” sinis Jeming lagi. -airtimes.my

#beras #isuberas #MatSabu #Malaysia #Amanah #PAS #UMNO #airtimes

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?