Home SemasaGlobal Genjatan senjata Israel-Hamas bermula Ahad ini

Genjatan senjata Israel-Hamas bermula Ahad ini

by Suraya Aziz

DOHA, 16 JAN – Gencatan senjata di Gaza dijangka bermula Ahad ini setelah perunding proses damai mencapai kesepakatan, semalam.

Ini sekali gus akan menamatkan konflik lebih 15 bulan yang meragut lebih 46,000 nyawa.

Perjanjian yang dirundingkan oleh Mesir, Qatar, dan Amerika Syarikat itu melibatkan pengunduran tentera Israel secara berperingkat dari Gaza serta pertukaran tahanan.

Berdasarkan draf akhir, Hamas bersetuju membebaskan 33 tahanan Israel dengan balasan ratusan tahanan Palestin yang berada dalam penjara Israel.

Sementara itu, Hamas mengesahkan delegasi mereka memberi lampu hijau untuk pelaksanaan tempoh bertenang tersebut selain pertukaran perjanjian tahanan Palestin.

“Hamas telah memberi persetujuan secara lisan ketika rundingan terbaharu itu dan sedang menunggu maklumat lanjut untuk memberikan kelulusan bertulis terakhir,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Luar Israel, Gideon Saar, turut mempercepatkan kepulangannya dari Eropah untuk menghadiri undian Kabinet keselamatan yang dijadualkan berlangsung pada Khamis.

Difahamkan, perjanjian tersebut juga akan membuka laluan untuk penduduk Gaza kembali ke kawasan utara serta memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan yang dihadkan sebelum ini.

Gaza kini berada dalam situasi kemanusiaan kritikal akibat konflik yang berlanjutan sejak Oktober 2023.

Peperangan Israel di Gaza membunuh sekurang-kurangnya 46,707 rakyat Palestin dan mencederakan 110,265 sejak bermulanya perang. Manakala, sekurang-kurangnya 1,139 orang terbunuh di Israel.

Sekiranya perjanjian ini berjaya dilaksanakan, ia diharap dapat membawa kelegaan kepada rakyat Gaza selepas tempoh gencatan senjata terakhir pada November 2023. -airtimes.my

#Konflik #Palestin-Israel #GenjatanSenjata #Airtimes

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?