BRAZIL, 28 DIS – Embraer (NYSE: ERJ; B3: EMBR3) telah menandatangani kontrak bagi penjualan dua buah pesawat tentera berbilang misi C-390 Millennium dengan pelanggan yang tidak didedahkan, pada semalam.
“Kami berbesar hati dengan pilihan pelanggan baharu ini untuk C-390 Millennium. Pesawat ini mentakrifkan semula konsep penerbangan pengangkutan tentera dengan gabungan teknologi terkini, kebolehpercayaan dan kos operasi yang rendah tanpa tandingan, dengan prestasi yang luar biasa,” kata Bosco da Costa Jr, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Embraer Defense & Security.
Pelanggan baharu tersebut merupakan negara kesepuluh memilih C-390 selepas Brazil, Portugal, Hungary, Korea Selatan, Belanda, Austria, Republik Czech, Sweden dan Slovakia.
Berikutan, C-390 mewakili pengangkutan undara tentera dengan berkeupayaan pelbagai misi dan kesalingoperasian yang dibina oleh reka bentuk.
Justeru, pesawat tersebut akan dikonfigurasikan khas untuk memenuhi keperluan pelanggan, termasuk pengangkutan taktikal tentera dan kenderaan, bantuan kemanusiaan, pengurusan bencana serta pemindahan perubatan.
Dalam pada itu, pakej latihan dan sokongan yang komprehensif serta pembekalan alat ganti turut termasuk dalam kontrak tersebut.
Susulan, C-390 telah membuktikan kapasiti, kebolehpercayaan dan prestasinya sejak mula beroperasi bersama Tentera Udara Brazil pada 2019, Tentera Udara Portugis pada 2023, dan terbaru dengan Tentera Udara Hungary pada 2024.
Selain itu, armada pesawat semasa yang beroperasi, telah mengumpul lebih daripada 15,500 jam penerbangan, dengan kadar keupayaan misi sebanyak 93% dan kadar penyiapan misi melebihi 99%, dan menunjukkan produktiviti luar biasa dalam kategori tersebut.
C-390 mampu membawa lebih muatan (26 tan) berbanding pesawat pengangkut tentera bersaiz sederhana lain dan terbang lebih pantas (470 knot) dengan lebih jauh serta mampu melaksanakan pelbagai misi seperti mengangkut dan menurunkan kargo dan tentera, perubatan pemindahan, mencari dan menyelamat, memadam kebakaran, serta misi kemanusiaan beroperasi di landasan sementara atau tidak berturap seperti tanah dan kerikil yang padat.
Di samping, pesawat dikonfigurasikan dengan peralatan mengisi bahan bakar udara-ke-udara, dengan sebutan KC-390, membuktikan kapasiti mengisi bahan bakar udaranya sebagai kapal tangki dan sebagai penerima, dengan menerima bahan api dari KC-390 lain menggunakan pod yang dipasang di bawah sayap. -airtimes.my
#AirTimes #Embraer #C-390Millennium