Home Semasa Kerajaan teruskan pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara

Kerajaan teruskan pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Kerajaan melalui keputusan Jemaah Menteri bersetuju untuk meneruskan pemberian Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) bagi mana-mana pesara dan penerima pencen terbitan yang telah menikmati PKKP dalam usaha menjaga golongan tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, keputusan itu dicapai melalui keputusan Jemaah Menteri yang diadakan semalam.

“Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) telah berkuat kuasa 1 Disember 2024 dan kemudian dilengkapkan pada Januari 2025 adalah berdasarkan semakan gaji perkhidmatan awam selaras dengan Seksyen 3, Akta Penyelarasan Pencen 1980 (Akta 238),

“Kerajaan memutuskan supaya amaun pencen akan diselaraskan berdasarkan peratusan pelarasan gaji ke atas gaji akhir pesara mengikut kumpulan perkhidmatan masing-masing secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 dan 1 Januari 2026,” katanya.

Menurutnya, langkah meneruskan PKKP itu bagi memastikan golongan berkenaan menerima amaun yang lebih tinggi untuk menjaga kebajikan pesara dalam menangani kos sara hidup, sekali gus bukti keprihatinan Kerajaan MADANI selaras dengan konsep Ihsan.-airtimes.my

#semasa #PKKP #pesara #penghargaan #anwar #DSAI #Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?