Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Konflik Rusia-Ukraine: 100 tentera Korea Utara terbunuh di Kursk – Air Times News Network
Home SemasaGlobal Konflik Rusia-Ukraine: 100 tentera Korea Utara terbunuh di Kursk

Konflik Rusia-Ukraine: 100 tentera Korea Utara terbunuh di Kursk

by Zulhaizi Rosdi

SEOUL, 20 DIS – Sekurang-kurangnya 100 tentera Korea Utara yang dikerahkan ke Rusia terbunuh dalam konflik peperangan antara Rusia dan Ukraine.

Ahli Parlimen Korea Selatan, Lee Seong-kweun berkata, Korea Utara telah menghantar ribuan tentera bagi memperkukuhkan kekuatan tentera Rusia termasuk dikerah ke wilayah sempadan Kursk iaitu kawasan yang dirampas tentera Ukraine.

“Pada bulan Disember, tentera Korea Utara terlibat dalam peperangan sebenar dan mencatatkan sekurang-kurangnya 100 kematian.

“Perkhidmatan Perisikan Negara (NIS) juga melaporkan jumlah tentera Korea Utara mencecah hampir 1,000 orang,” katanya selepas taklimat oleh agensi perisikan Korea Selatan.

Lee berkata, kerugian besar itu disebabkan tentera Korea Utara tidak biasa dengan kawasan terbuka dan di kawasan mereka mengambil bahagian dalam pertempuran.

“Selain itu, pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un juga dilihat sedang bersiap sedia untuk melatih pasukan operasi khas baharu bagi menghantar bantuan ke sana (Rusia),” katanya.

Dalam perkembangan sama, wujud percanggahan dari segi jumlah kematian oleh pegawai tentera Amerika Syarikat dan Ukraine yang mendakwa bahawa angka kematian tentera Korea Utara adalah besar.

Terdahulu, lebih 10,000 tentera Korea Utara dikerahkan untuk membantu Rusia dalam konflik antara Ukraine.

Pyongyang juga menghantar lebih 10,000 kontena peluru artileri, roket antikereta kebal serta howitzer berjentera dan pelancar roket.

Walaubagaimanapun, Korea Utara dan Rusia tidak secara mengakui penghantaran tentera atau pembekalan senjata daripada Korea Utara dalam perang menentang Ukraine. -airtimes.my

#konflikRusia-Ukraine #KoreaUtara #Rusia #Ukraine #tentera #Airtimes

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?