Home SemasaMusa Aman dilantik Yang di-Pertua Negeri Sabah baharu

Musa Aman dilantik Yang di-Pertua Negeri Sabah baharu

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 17 Dis – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11, menggantikan Tun Juhar Mahiruddin berkuat kuasa 1 Januari 2025.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Musa pada istiadat di Balairung Kecil, Istana Negara, hari ini.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) yang membawa gelaran Tun kepada Musa.

Pelantikan Tun Musa adalah bagi menggantikan Tun Datuk Seri Panglima Juhar Mahiruddin yang menyandang jawatan itu selama empat penggal bermula 1 Januari 2011.

Pelantikan ini berkuatkuasa 1 Januari 2025 selama 4 tahun hingga 31 Disember 2028.

Hadir sama, , Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Fadillah Yusof dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Seri Paduka Baginda turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tun Datuk Seri Panglima Juhar yang berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-10 selama 4 penggal.

Musa, yang merupakan anak jati Beaufort yang terletak  kira-kira 97 km ke selatan Kota Kinabalu, dilahirkan pada 30 Mac 1951.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan daripada Edith Cowan University, Australia.

Beliau mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-14 pada 27 Mac 2003, menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat dan memegang jawatan itu selama 5 penggal sehingga 12 Mei 2018, menjadikannya Ketua Menteri Sabah yang paling lama memegang jawatan tersebut.-airtimes.my

#semasa #airtimes #Sabah #MusaAman #TYT #Malaysia

 

Related Articles

Leave a Reply