Home Pertahanan dan Keselamatan MALBATT 850-12 sampaikan sumbangan musim sejuk kepada penduduk Tibnine

MALBATT 850-12 sampaikan sumbangan musim sejuk kepada penduduk Tibnine

A+A-
Reset

TIBNINE, 18 Dis – Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 telah menyampaikan bantuan berupa selimut kepada penduduk di Municipality Tibnine, Lubnan sebagai usaha meringankan beban mereka bagi menghadapi musim sejuk yang melanda.

Pihak MALBATT 850-12 memaklumkan, sumbangan itu diserahkan oleh Komander MALBATT 850-12, Kolonel Johan Effendi Mohd Shalleh kepada wakil Mayor Tibnine, Mr. Mohamad Kaddouh, di Building of Municipality Tibnine, pada Selasa.

“Program ini juga melibatkan sesi Key Leader Engagement (KLE) bersama Mr. Mohamad Kaddouh, yang bertujuan untuk memperkukuh hubungan erat antara MALBATT dan kepimpinan tempatan,

“Sesi ini juga memberi peluang untuk membincangkan rancangan pelaksanaan program Civil-Military Cooperation (CIMIC), yang akan memberi manfaat kepada penduduk Tibnine,” jelas MALBATT 850-12 dalam hantaran di laman Facebooknya.

Sebagai penutup, program ini diakhiri dengan aktiviti Community Engagement, yang bertujuan untuk mempereratkan lagi hubungan antara pasukan MALBATT dan masyarakat Tibnine.

Turut hadir, Setiausaha Majlis Perbandaran Tibnine, Mr. Hassan Zainudin.-airtimes.my

#MALBATT #Malaysia #CIMIC #airtimes

 

 

Leave a Reply