Home Semasa Kedutaan AS di Malaysia salur RM 442,817 kepada mangsa banjir

Kedutaan AS di Malaysia salur RM 442,817 kepada mangsa banjir

by Muhammad Izzat

KUALA LUMPUR, 12 DIS – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia telah memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Pulau Teluk Renjuna, Tumpat, Kelantan.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, kerajaan AS melalui Agensi Pembangunan Antarabangsa AS (USAID) menyalurkan sumbangan sebanyak RM 442,817 (US$100,000) dan disalurkan menerusi Persatuan Bulan Sabit Malaysia.

Menerusi hantaran tersebut, ia juga memaparkan video yang berdurasi 1.17 minit yang menunjukan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Kelantan menghantar bantuan kepada penduduk yang terjejas.

Beberapa kit makanan yang diagihkan kepada 202 keluarga di Kg. Pulau Teluk Renjuna

“Doa kami bersama mereka yang terkesan akibat banjir yang dahsyat di Malaysia. Bersama Kerajaan Malaysia, kami komited untuk membantu komuniti pulih dan membina semula,” menurut Kedutaan AS di Kuala Lumpur menerusi hantaran di Facebook.

Kedutaan tersebut juga merakamkan penghargaan kepada pasukan penyelamat yang bertungkus lumus dalam membantu menyelamatkan nyawa penduduk dan golongan rentan.-airtimes.my

#airtimes #bantuan #AS #banjir #kelantan #USAIDS

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!