Home SemasaPuad: Siasat Tun M untuk bongkar misteri kehilangan Pulau Batu Puteh

Puad: Siasat Tun M untuk bongkar misteri kehilangan Pulau Batu Puteh

by Nurulhuda
A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menggesa, agar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, disiasat berhubung isu kehilangan kedaulatan Malaysia ke atas Pulau Batu Puteh.

Beliau mendakwa bahawa tindakan Tun Mahathir menarik balik semakan kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2018 telah membuka ruang kepada kontroversi, sekali gus menimbulkan persoalan tentang integriti kepimpinan negara ketika itu.

“Tun Mahathir mesti disiasat. Apakah keputusan ini ada kaitan dengan pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) yang turut memberi kesan kepada hubungan Malaysia-Singapura?” soal Puad dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Mohd Puad turut menyifatkan tindakan Tun Mahathir sebagai berpotensi merugikan kedaulatan negara dan mendesak agar beliau dikenakan tindakan tegas sekiranya didapati bersalah.

“Sebab itu mendakwa Tun M amat penting. Semoga banyak misteri terbongkar. Tun M patut didenda jika bersalah,

“Denda itu sudah memadai sebagai ‘ganti rugi’ kerana menjual kedaulatan negara. Denda RM1,000 pun ok. Ia simbol pengajaran untuk anak cucu jangan memandai jual maruah negara kerana dendam politik,” tambahnya lagi.

Pada 5 Disember lalu, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Dr Mahathir.

Prosiding diusulkan itu susulan Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura selepas Jemaah Menteri yang diketuai Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir pada 2018 menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Sementara itu, dalam catatan blog semalam, Kadir berkata, Mahathir tidak mempunyai masalah untuk disiasat kerana dia sentiasa mengalu-alukan peluang sedemikian ‘set the record straigh’ (menjelaskan perkara sebenar).

“Sebaik-baiknya janganlah berhenti dengan usaha menghukum Mahathir saja. Yang lebih afdal adalah bagi kerajaan Malaysia Madani melakukan yang lebih baik bagi mendapatkan ‘ganti rugi’ dalam bentuk lain melalui perhubungan baiknya dengan Singapura,” ujarnya.-airtimes.my

#AirTimes #Malaysia #Semasa #BatuPuteh #TubirSelatan #BatuanTengah

Related Articles

Leave a Reply