MELBOURNE, 9 Dis – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan lawatan kerja rasmi ke Melbourne, Australia selama 2 hari sempena Program Pertahanan Bersama Malaysia-Australia (MAJDP) ke-4.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Mohamed Khaled menjelaskan, dalam lawatan berkenaan, akan mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Australia, TYT Richard Marles.
“Saya dan TYT Richard Marles seterusnya akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tinggi (HLC) bagi MAJDP ke-4 yang melibatkan kepimpinan tertinggi Kementerian Pertahanan dan angkatan tentera kedua-dua negara,
“Ia akan membincangkan antara lain, langkah-langkah untuk terus memperkukuh kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Australia, baik dari segi bilateral mahupun multilateral, termasuklah dalam soal kesedaran domain maritim dan perkongsian maklumat,” katanya dalam hantaran itu.
Terdahulu, Mohamed Khaled tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tullamarine, Melbourne pada pukul 10.50 pagi (waktu tempatan) tadi.
Ketibaan beliau disambut oleh Konsul Jeneral Malaysia di Melbourne, Nik Muhammad Nasyron Syah Nik Daud dan Penasihat Pertahanan Malaysia di Canberra, Kolonel Mahamad Fazli Mat Idris.
Mohamed Khaled juga menjelaskan, lawatan ini merupakan yang pertama sejak Mohamed Khaled dilantik sebagai Menteri Pertahanan, tahun lalu.-airtimes.my
#pertahanan #Malaysia #Australia #kerjasama #bilateral #maritim
Berita penuh: