Home SemasaLebih RM2 bilion bajet MINDEF diseleweng- Che’GuBard

Lebih RM2 bilion bajet MINDEF diseleweng- Che’GuBard

by Suraya Aziz
A+A-
Reset

PUTRAJAYA, 25 NOV — Aktivis politik Che’GuBard mendakwa lebih RM2 bilion daripada bajet Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) telah diseleweng melalui satu projek penswastaan perkhidmatan katering di 75 kem Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 

Projek berkenaan didakwa diluluskan tanpa melalui proses tender terbuka dan bertujuan memberi keuntungan kepada seorang Ahli Parlimen yang lompat parti untuk menyokong kerajaan.  

Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’GuBard mendedahkan, dokumen sulit yang diperolehnya menunjukkan nilai projek tersebut mencecah RM366,838.80 sehari dan berlangsung selama tempoh 15 tahun. 

Ia sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan bernilai lebih RM 2 billion.

“Beberapa bulan lalu, saya menerima dokumen yang dilabelkan sebagai sulit. Dokumen ini menggambarkan kewujudan sebuah projek konsesi bernilai besar yang diluluskan tanpa tender terbuka, melibatkan penyediaan makanan bermasak, bekalan makanan, dan penyelenggaraan di 75 kem tentera di zon tengah dan selatan.

“Projek ini, tanpa tender terbuka dengan surat arahan Perdana Menteri Malaysia bernilai RM366,838.80 sehari selama lima belas tahun. Maknanya, dua bilion lebih,” katanya kepada Airtimes harini.

Beliau berkata demikian semasa ditemui di hadapan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Che’GuBard menegaskan, projek berskala besar seperti ini seharusnya melalui proses tender terbuka untuk memastikan ketelusan dan keadilan dalam pengurusan dana awam.

Beliau turut menggesa SPRM dan MINDEF untuk segera memberikan penjelasan berhubung kewujudan projek berkenaan, termasuk penglibatan pegawai kanan dalam proses meluluskan kontrak tersebut. -airtimes.my

#SPRM #CheGuBard #Semasa #MINDEF #ATM #SelewengDana

Related Articles

Leave a Reply