Home SemasaMalaysia sedia hulur bantuan kewangan, tegas sokong Lubnan hadapi serangan Israel

Malaysia sedia hulur bantuan kewangan, tegas sokong Lubnan hadapi serangan Israel

by Nurulhuda
A+A-
Reset

RIYADH, 11 NOV – Perdana Menteri Malaysia mengulangi komitmen dan sokongan berterusan negara kepada Lubnan yang kini bergelut dengan ancaman rejim Zionis Israel.

Perkara itu dinyatakan oleh beliau dalam pertemuan bersama rakan sejawat dari Lubnan, Najib Mikati, di Riyadh, Arab Saudi, sempena Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab-Islam, hari ini.

Dalam pertemuan itu, Anwar menegaskan bahawa Malaysia turut terkesan secara langsung dengan ketegangan yang berlaku di Lubnan.

“Serangan itu turut mengakibatkan 6 anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) yang menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) tercedera,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Perdana Menteri juga menyatakan bahawa Malaysia bersedia menyalurkan bantuan kewangan kepada Lubnan sebagai sokongan kepada mangsa-mangsa serangan Israel yang terkesan.

“Saya maklumkan kepada PM Mikati bahawa Malaysia bersedia untuk menyalurkan bantuan kewangan kepada Lubnan, bagi membantu mereka yang terkesan akibat serangan Israel,” ujarnya lagi.

Anwar menghadiri Sidang Kemuncak Arab-Islam di Riyadh, Arab Saudi dan dijangkakan membawa usul menghentikan kekejaman Israel terhadap Palestin dan menyampaikan suara serta harapan negara di pentas antarabangsa.-airtimes.my

#semasa #DSAI #Lubnan #Malaysia #airtimes #MALBATT

Related Articles

Leave a Reply