Home Teknologi Pertahanan Jepun longgarkan peraturan eksport pesawat pejuang stealth, adakah Malaysia berpeluang?

Jepun longgarkan peraturan eksport pesawat pejuang stealth, adakah Malaysia berpeluang?

by M.Daim

TOKYO, 20 MAC – Kerajaan Jepun dilaporkan telah bersetuju untuk melonggarkan peraturan eksport pesawat stealth.

Negara Matahari Terbit itu pada ketika ini sedang melaksanakan program pembangunan pesawat stealth dengan United Kingdom dan Itali.

Keputusan dibuat selepas pihak kerajaan Jepun telah mengadakan perbincangan di peringkat dalaman.

Walaubagaimanapun, kelonggaran tersebut hanya membenarkan pesawat stealth terbabit untuk dieksport ke negara yang mempunyai kerjasama pertahanan dengan Jepun.

“Eksport yang dilakukan secara berasingan dan ke negara ketiga akan memerlukan persetujuan kabinet,

“Penjualan pesawat hanya melibatkan negara-negara yang tidak terlibat dalam konflik secara aktif,” kata laporan media antarabangsa.

Pada ketika ini, Jepun mempunyai kerjasama pertahanan spesifik dengan 15 buah negara termasuk Malaysia.

Pembangunan pesawat stealth Global Combat Air Programme (GCAP) bermula pada tahun 2022. Program ini menyasarkan pengeluaran pesawat pertama pada tahun 2035. – airtimes.my

#AirTimes #Jepun #TeknologiPertahanan

Related Articles

Leave a Reply