Home Teknologi Pertahanan Syarikat pertahanan Brazil, Singapura meterai kerjasama kejuruteraan C-390

Syarikat pertahanan Brazil, Singapura meterai kerjasama kejuruteraan C-390

by M.Daim

SINGAPURA, 20 MAC – Syarikat pertahanan Brazil, Embraer Defense & Security telah meterai kerjasama dengan ST Engineering.

Kerjasama tersebut melibatkan beberapa bidang termasuk kejuruteraan, penyelenggaraan dan khidmat sokongan untuk pesawat pengangkut C-390 dua rantau Asia Pasifik.

“Kedua-dua syarikat akan bekerjasama dalam produk dan perkhidmatan,

“ini termasuk radar dan sistem darat, C4ISTAR, keselamatan sempadan, simulasi serta metodologi pengeluaran terkini,

“Ini akan menyokong portfolio keupayaan ST Engineering di Amerika Selatan,” kata Embraer dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kerjasama antara kedua-dua pihak telah dimeterai melalui MoU semasa Singapore Airshow 2024 yang diadakan pada lewat Februari lalu. Kerjasama ini akan mempertingkatkan kehadiran Embraer dalam sektor aeroangkasa dan pertahanan melalui kerjasama strategik.

Sementara itu, Presiden merangkap Pegawai Eksekutif Embraer Defense & Security, Bosco da Costa Junior menyifatkan kerjasama dengan ST Engineering akan membawa kepada sinergi yang mantap.

“”Kami melihat sinergi yang kukuh antara keupayaan ST Engineering dalam pertahanan dan sektor MRO dan barisan lengkap penyelesaian bersepadu Embraer Defense & Security,

“Kami berharap dapat memupuk hubungan yang lebih kukuh dengan ST Engineering,” katanya.

C-390 Millenium merupakan pesawat angkut saiz sederhana yang dihasilkan oleh Embraer. Pesawat ini mampu untuk membawa muatan sebanyak26 tan dan terbang pada kelajuan 470 knot (870 kilometer sejam).

Pada ketika ini, C-390 telah menjadi pilihan oleh Korea Selatan, Republik Czech, Austria, Belanda, Portugal dan Brazil. – airtimes.my

#AirTimes #TeknologiPertahanan #Schiebel #Camcopter

Related Articles

Leave a Reply