Home Teknologi Pertahanan Tentera Laut Korea Selatan pilih UAV Camcopter S-300

Tentera Laut Korea Selatan pilih UAV Camcopter S-300

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 20 MAC – Tentera Laut Republik Korea Selatan telah memilih untuk menggunakan khidmat pesawat tanpa pemandu (UAV) Campcopter S-300.

Pesawat tersebut merupakan antara siri UAV yang dihasilkan oleh syarikat dari Austria.

Menurutnya dalam satu kenyataan, kontrak perolehan Campcopter S-300  telah dimeterai dengan Hanwha Systems yang merangkumi pembekalan pesawat.

“Tentera Laut Korea Republik Korea Selatan telah menjadi pengguna Schiebel untuk tempoh 10 tahun,

“Mereka telah menggunakan Camcopter S-100bagi melaksanakan misi maritim,” kata Schiebel dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Korea Selatan mempertingkatkan perolehan UAV berikutan ancaman geopolitik semasa terutamanya dengan Pongyang.

Sementara itu, Pengerusi Schiebel Group, Hans Georg Schiebel menyatakan pihaknya teruja dengan pemilihan Camcopter S-300.

“Ini berdasarkan pengalaman dan kejayaan pengoperasian S-100 sebelum ini. Ia merupakan satu kejayaan yang penting dalam sejarah syarikat,” kata Hans dalam kenyataan.

S-300 merupakan antara siri Campcopter yang dihasilkan oleh Schiebel.

UAV ini mampu untuk beroperasi selama 24 jam dan terbang pada ketinggian 21 ribu kaki. Ia mampu untuk membawa muatan sebanyak 250 kilogram.

Pihak Schiebel turut menyatakan S-300 Campcopter mampu untuk melaksanakan operasi peperangan anti kapal selam. – airtimes.my

#AirTimes #TeknologiPertahanan #Schiebel #Camcopter

Related Articles

Leave a Reply