Home Teknologi Pertahanan Norway mahu percepat pengeluaran misil NASAM

Norway mahu percepat pengeluaran misil NASAM

by M.Daim

OSLO, 20 MAC – Kerajaan Norway telah melabur sebanyak NOK941 juta (RM418 juta) bagi mempertingkatkan kadar pengeluaran misil NASAMS oleh Kongsberg.

Pelaburan tersebut bermatlamat untuk melakukan perolehan komponen kritikal untuk misil itu. Ini bagi mempercepatkan pengeluaran misil sekiranya kontrak perolehan baharu dimeterai.

Cadangan pelaburan itu telah dikemukakan oleh kerajaan Norway bagi mempertingkatkan keupayaan tentera negara itu.

Rancangan pelaburan itu telah dikemukakan ke parlimen.

“Kita mesti meningkatkan keupayaan pertahanan udara Norway untuk melindungi objektif awam dan ketenteraan dengan lebih berkesan,

“Iklim keselamatan masa kini memerlukan perolehan sistem pertahanan udara canggih dan dipercepatkan.

“Konflik di Ukraine telah menekankan kepentingan penting pertahanan udara pada zaman perang,” kata Perdana Menteri Norway, Jonas Gahr Støre dalam satu kenyataan.

Sementara itu, pihak Kongsberg menyambut baik inisiatif kerajaan Norway. Menurut Ketua Pengarah Eksekutif Kongsberg, Geir Håøy, pihaknya telah meletakkan komitmen sebanyak NOK 3 bilion (RM 1.3 bilion) bagi mempertingkatkan kadar pengeluaran misil.

NASAMS merupakan misil pertahanan udara aras rendah dan sederhana yang dibangunkan secara oleh Kongsberg dengan Raytheon. – airtimes.my

#AirTimes #Kongsberg #Raytheon #TeknologiPertahanan

Related Articles

Leave a Reply